91. Oleh kerana mereka mengatakan Yang Mahapengasih mempunyai anak.
92. Tiada patut Yang Mahapengasih mempunyai anak.
93. Tidak ada tiap-tiap dilangit dan dibumi, melainkan semuanya, datang kepada yang Mahapengasih menjadi hambanya.
94. Sesungguhnya Dia telah menghitung mereka dan membilangnya dengan bilangan.
95. Semua mereka datang kepadaNya pada hari kiamat dengan seorang dirinya.
96. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan yang baik-baik, Yang Mahapengasih akan mengadakan bagi mereka kasih-sayang.
97. Hanya Kami memudahkannya dengan bahasa engkau, supaya engkau memberi khabar orang yang takwa dan engkau beri peringatan kaum yang pembantah.
98. Beberapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka. Adakah engkau dapati seorang diantara mereka itu atau engkau dengar suaranya yang lembut ?
surat Maryam
Friday, February 12, 2010
Thursday, February 11, 2010
Supaya Mereka Mendapat Kekuasaan
81. Mereka itu mengangkat Tuhan-Tuhan selain daripada Allah, supaya mereka mendapat kekuasaan.
82. Sekali-kali tidak. Mereka akan mengingkari peribadatan mereka kepada Tuhannya, adalah Tuhan-Tuhan itu menjadi lawannya.
83. Tiadaakah engkau perhatikan, bahawa Kami telah mengirim syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir, untuk menggerakkan mereka dengan satu pergerakan,
84. Sebab itu janganlah engkau segerakan siksaan untuk mereka itu. Kami hanya menghitung mereka dengan bilangan.
85. Pada hari Kami himpunkan orang-orang yang takwa kepada Yang Mahapengasih, sebagai perutusan.
86. Dan Kami halaukan orang-orang yang berdosa ke dalam neraka dalam kehausan.
87. Mereka tiada berhak mendapat syafaat, kecuali orang yang telah mengambil janji disisi Yang Mahapengasih.
88. Mereka itu berkata : Yang Mahapengasih mempunyai seorang anak.
89. Sesungguhnya kamu telah datang dengan suatu yang mungkar besar.
90.Hampir langit pecah-pecah kerananya dan bumi belah-belah dan gunung-gunung gugur pecah-belah.

Labels:
Maryam ( 19 )
Wednesday, February 10, 2010
Tangguh Kepadanya Dengan Satu Pertangguhan
71. Tidak ada seorangpun diantara kamu, melainkan mendatangi neraka, demikian itu suatu kewajipan yang diputuskan oleh Tuhanmu.
72. Kemudian Kami selamatkan orang-orang takwa dan Kami biarkan orang-orang zalim dalam neraka dengan berlutut.
73. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang terang, lalu orang-orang yang kafir berkata kepada orang-orang yang beriman : Manakah diantara kedua golongan yang lebih baik tempat diamnya dan lebih indah majlis ?
74. Berapa banyaknya umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, sedang mereka amat baik perkakas rumah dan pemandangannya.
75. Katakanlah : Barang siapa yang dalam kesesatan, maka Yang Mahapengasih akan memberi tangguh kepadanya dengan satu pertangguhan. Sehingga, apabila mereka melihat apa yang dijanjikan, adakalanya siksaan dan adakalanya kiamat, maka mereka akan tahu, siapa yang lebih jahat tempatnya dan lebih lemah tenteranya.
76. Allah akan menambah petunjuk kepada orang yang mahu menerima petunjuk. Segala yang kekal dan baik-baik, adalah lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu dan lebih baik tempat kembalinya.
77. Adakah engkau lihat orang yang ingkar akan ayat-ayat Kami dan berkata : Sesunggunya aku telah diberi harta dan anak.
78. Adakah dia melihat yang ghaib atau dia membuat perjanjian dengan Yang Mahapengasih ?
79. Sekali-kali tidak. Nanti akan Kami tuliskan apa-apa yang dikatakannya dan Kami tambahkan kepadanya siksaan dengan satu tambahan.
80. Dan Kami warisi daripadanya apa yang dikatankannya, dan dia akan datang kepada Kami dengan seorang dirinya.

Tuesday, February 9, 2010
Sembahlah Dia Dan Sabarlah MenyembahNya
61. Syurga adnin yang dijanjikan oleh Yang Mahapengasih kepada hambaNya, dengan barang yang ghaib. Sungguh janjiNya akan datang.
62. Mereka tiada mendengarkan disana omong kosong, kecuali selamat. Untuk mereka ada rezeki didalamnya pada pagi dan petang.
63. Itulah syurga yang akan Kami wariskan kepada orang yang takwa diantara hamba-hamba Kami.
64. Tiadalah kami turun, melainkan dengan perintah Tuhanmu. KepunyaanNya apa-apa yang dihadapan kami dan apa-apa yang dibelakang kami dan apa-apa yang diantara keduanya dan bukanlah Tuhanmu lupa.
65. Tuhan langit dan bumi dan apa-apa yang diantara keduanya, sebab itu sembahlah Dia dan sabarlah untuk menyembahNya. Adakah engkau ketahui yang dinamai seumpama namanya ?
66. Berkata manusia : Apabila aku mati, adakah aku akan dikeluarkan hidup kembali ?
67. Tiadakah manusia ingat, bahawa Kami telah menjadikannya dahulu, sedang dia belum ada suatupun.
68. Demi Tuhanmu, sesungguhnya Kami akan menghimpunkan mereka bersama syaitan-syaitan, kemudian Kami hadirkan mereka di sekeliling neraka dengan berlutut.
69. Kemudian Kami tarik dari tiap-tiap golongan siapa diantara mereka yang amat derhaka kepada Yang Mahapengasih.
70. Kemudian Kami lebih mengetahui mereka yang lebih berhak masuk neraka.

Friday, February 5, 2010
Kami Tinggikan Dia Ke Tempat Yang TInggi
51. Perhatikanlah dalam Kitab Musa. Sesungguhnya dia seorang yang disucikan dan adalah dia seorang rasul, seorang nabi.
52. Kami panggil dia dari sebelah bukit Thur yang sebelah kanan dan Kami hampirkan dia untuk berbisik-bisik.
53. Kami kurniakan kepadanya dengan rahmat Kami seorang saudaranya, Harun menjadi nabi.
54. Perhatikanlah dalam Kitab Ismail. Sesungguhnya dia seorang yang benar janjinya dan adalah dia seorang rasul dan seorang nabi.
55. Dia menyuruh keluarganya sembahyang dan zakat ; dan adalah dia seorang yang disukai disisi Tuhannya.
56. Perhatikanlah dalam Kitab Idris. Sesungguhnya dia seorang yang sangat benar dan seorang nabi.
57. Kami tinggikan dia ke tempat yang tinggi.
58. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, Nabi-Nabi dari keturunan Adam dan dari orang yang Kami bawa bersama Nuh dan dari keturunan Ibrahim dan Ismail dan lagi dari orang yang telah Kami berikan petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Yang Mahapengasih mereka meniarap sujud dan menangis.
59. Kemudian sepeninggal mereka digantikan oleh pengganti-pengganti jahat, mereka mensia-siakan solat dan mengikut syahwat, sebab itu mereka akan menemui kejahatan.
60. Kecuali orang yang taubat dan beriman lagi mengerjakan yang baik ; mereka itu akan masuk syurga, sedang mereka tiada teraniaya sedikitpun.

Thursday, February 4, 2010
Untuk Mereka Pujian Yang Baik Lagi Termasyhur
41. Perhatikanlah Ibrahim dalam kitab. Sesungguhnya dia seorang yang sangat benar dan seorang nabi.
42. Ketika ia berkata kepada bapanya : Ya bapaku, mengapa engkau sembah sesuatu yang tiada mendengar dan tiada pula melihat dan tiada bermanfaat kepada engkau sedikitpun ?
43. Ya bapaku, sesungguhnya aku telah diberi ilmu yang belum engkau ketahui, sebab itu ikutlah aku, niscaya kutunjuki engkau jalan yang lurus.
44. Ya bapaku, janganlah engkau sembah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu derhaka kepada Yang Mahapengasih.
45. Ya bapaku, sesungguhnya aku takut, bahawa engkau akan ditimpa siksaan dari yang Mahapengasih, lalu engkau menjadi wali bagi syiatan.
46. Berkata bapanya : Adakah engkau benci kepada Tuhan-Tuhanku, hai Ibrahim ? Demi, jika engkau tidak berhenti, niscaya kurejam engkau dengan batu, dan tinggallah aku dalam masa yang panjang.
47. Sahut Ibrahim : Salam untukmu. Nanti akan kumintakan ampun bagi engkau kepada Tuhanku, sesungguhnya Dia berbuat baik kepadaku.
48. Aku menghindarkan diri daripadamu dan apa yang kamu sembah, selain daripada Allah dan aku meminta kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak celaka dalam permintaanku kepada Tuhanku.
49. Tatkala Ibrahim meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, maka Kami anugerahi kepadanya Ishak dan Yaakub. Masing-masing Kami jadikan nabi.
50. Kami kurniakan kepada mereka rahmat Kami dan Kami adakan untuk mereka pujian yang baik lagi termasyhur.

Wednesday, February 3, 2010
Pertakutilah Mereka Dengan Hari Penyesalan
31. Dan dijadikanNya aku seorang yang diberkati, dimana aku berada dan diwasiatkanNya kepadaku sembahyang dan zakat selama mana aku masih hidup,
32. Dan berbuat baik kepada ibuku dan bukanlah aku dijadikanNya seorang yang sombong dan derhaka.
33. Selamat sejahtera bagiku pada hari aku dilahirkan, pada hari aku diwafatkan dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali.
34. Itulah Isa anak Maryam dan itulah kata kebenaran yang mereka ragu-ragu tentangnya.
35. Bukanlah Allah mengambil anak, Dia Mahasuci. Apabila Dia hendak mengadakan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya : Jadilah engkau ! Maka jadilah ia.
36. Sesungguhnya Allah Tuhanku dan Tuhanmu, sebab itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus.
37. Beberapa golongan diantara mereka telah berbantah-bantah, sebab itu celakalah untuk orang-orang yang kafir, ketika melihat hari yang besar.
38. Alangkah nyaring pendengaran mereka dan alangkah terang penglihatannya pada hari mereka datang kepada Kami, tetapi orang-orang zalim pada hari ini didalam kesesatan yang nyata.
39. Pertakutilah mereka dengan hari penyesalan, ketika dihukum perkara mereka, sedang mereka dalam kelalaian dan mereka tiada beriman.
40. Sesungguhnya Kami mewarisi bumi dan orang-orang yang diatasnya, dan kepada Kami mereka dikembalikan.

Tuesday, February 2, 2010
Sesungguhnya Aku Seorang Hamba Allah
21. Dia berkata : Demikianlah. Tuhanmu berfirman : Ia mudah bagiKu, dan supaya Kami jadikan dia suatu tanda untuk manusia dan satu rahmat daripada Kami dan adalah kejadian itu suatu perkara yang telah diputuskan.
22. Kemudian Maryam mengandungnya, lalu ia berpindah ke tempat yang jauh.
23. Lalu ia berlindung ke pohon kurma, kerana sakit melahirkan anak, ia berkata : Aduh hai kiranya, matilah aku sebelum ini dan adalah aku lupa yang dilupakan.
24. Kemudian Jibril menyerunya dari bawah pokok itu : Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Tuhanmu telah mengadakan di bawah engkau air sungai.
25. Goyangkanlah pokok kurma itu, niscaya dijatuhkannya kepada engkau buah yang masak.
26. Sebab itu makanlah, minumlah dan senagkanlah hatimu ! Jika engkau lihat seorang manusia, maka katakanlah : Sesungguhnya aku telah bernazar kepada Yang Mahapengasih akan berpuasa, dan tiada akan berbicara dengan manusia pada hari ini.
27. Kemudian Maryam membawa anaknya kepada kaumnya dengan mengendongnya. Mereka berkata : Hai Maryam ! Sesungguhnya kau telah membawa suatu yang ajaib.
28. Hai saudara Harun ! Bapa engkau bukan seorang yang jahat dan ibu engkau bukan pula perempuan jahat.
29. Lalu Maryam mengisyaratkan kepada anaknya. Mereka berkata : Bagaimanakah kami akan berbicara dengan bayi yang masih dalam buaian ?
30. Dia berkata : Sesungguhnya aku seorang hamba Allah. DiberikanNya kepadaku Al-Kitab dan dijadikanNya aku seorang nabi,

Saturday, January 30, 2010
Ingatlah Maryam Dalam Kitab
11. Lalu Zakaria keluar kepada kaumnya dari mihrab, lalu diisyaratkannya kepada mereka : Sembahyanglah kamu kamu pada pagi dan petang.
12. Hai Yahya ! Ambillah kitab dengan kekuatan. Kami berikan kepadanya hikmah ketika ia masih kanak-kanak,
13. Dan perasaan belas kasihan dari sisi Kami dan kesucian dan adalah ia seorang yang takwa,
14. Dan berbuat baik kepada ibubapanya dan bukanlah ia sombong lagi derhaka.
15. Salam untuknya pada hari ia dilahirkan pada hari hari diwafatkan dan pada hari dibangkitkan hidup kembali.
16. Ingatlah Maryam dalam kitab, ketika ia berpisah dari keluarganya ke tempat sebelah timur,
17. Lalu dibuatnya dinding diantaranya dengan mereka. Kemudian Kami utus kepadanya ruh Kami, lalu ia merupakan dirinya sebagai manusia yang sempurna.
18. Berkata Maryam : Sesungguhnya aku berlindung kepada yang Mahapengasih daripada engkau, jika engkau orang takwa.
19. Dia berkata : Aku hanya utusan Tuhanmu, supaya kuberi engkau seorang anak yang suci.
20. Dia berkata : Bagaimanakah aku akan memperoleh seorang anak, sedang aku belum pernah disentuh manusia dan aku bukan pula orang jahat ?

Friday, January 29, 2010
Tiada Bercakap Dengan Manusia Tiga Malam
1. KaafHaa Yaa Aain Shaad.
2. Peringatan rahmat Tuhanmu kepada hambaNya , Zakaria.
3. Ketika ia menyeru kepada Tuhannya suatu permintaan yang tersembunyi.
4. Dia berkata : Ya Tuhanku, sesungguhnya telah lemas tulangku dan telah bernyala-nyala uban dikepalaku dan aku tak pernah celaka dalam meminta kepadamu, ya Tuhanku !
5. Sesungguhnya aku takut akan orang-orang yang akan menjadi wali sepeninggalku, sedang perempuanku mandul, sebab itu berilah aku seorang wali dari sisiMu,
6. Yang akan mewarisku dan mewarisi keluarga Yaakub ; dan jadikanlah dia, ya Tuhanku, seorang yang disukai.
7. Hai Zakaria ! Sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu dengan seorang anak, namamya Yahya yang belum pernah Kami berikan nama seperti itu sebelumnya.
8. Dia berkata : Ya Tuhanku, bagaimanakah aku akan memperoleh seorang anak, sedang perempuanku mandul dan aku telah sampai usia sangat tua ?
9. Berkata Allah : Demikianlah. Berfirman Tuhanmu : Ia mudah bagiKu, sesungguhnya telah Kujadikan engkau sebelumnya sedang engkau belum ada suatupun.
10. Berkata Zakaria : Ya Tuhanku ! Tunjukkanlah kepadaku tandanya. Berfirman Allah. Tandanya, bahawa engkau tiada bercakap-cakap dengan manusia tiga malam, sedang engkau masih sihat.

Tuesday, January 26, 2010
Bahawa Tuhan Kamu Tuhan Yang Esa
101. Orang-orang yang matanya tertutup peringatanKu, sedang mereka itu tiada sanggup mendengarkannya.
102. Adakah orang-orang kafir mengira, bahawa mereka mengangkat hamba-hambaKu jadi wali, selain daripadaKu ? Sesungguhnya Kami sediakan neraka jahanam untuk tempat tinggal orang-orang kafir itu.
103. Katakanlah : Mahukah Kami khabarkan kepadamu, tentang orang-orang yang amat merugi perbuatannya ?
104. Orang-orang yang telah sesat perbuatannya waktu hidup didunia, sedang mereka mengira, bahawa mereka mengerjakan pekerjaan itu sebaik-baiknya.
105. Mereka itulah orang-orang yang engkar akan tanda-tanda Tuhan dan akan menemuiNya, sebab itu hapuslah perbuatan mereka, dan tiada Kami adakan timbangan untuk mereka pada hari kiamat.
106. Itulah balasan mereka, neraka jahanam, sebab mereka kafir dan mengambil ayat-ayatku dan rasul-rasulku sebagai olok-olokkan.
107. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan yang baik-baik, untuk mereka syurga Firdaus sebagai tempat tinggalnya,
108. Sedang mereka itu kekal didalamnya, tiada mahu berpindah daripadanya.
109. Katakanlah : Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk perkataan Tuhanmu, niscaya keringlag air lautan itu, sebelum habis perkataan Tuhan, sekalipun Kami datangkan tinta sebanyak itu lagi sebagai tambahan.
110. Katakanlah : Sesungguhnya aku seorang manusia seumpama kamu, diwahyukan kepadaku, bahawa Tuhan kamu Tuhan yang Esa. Barang siapa mengharap akan menemui Tuhannya, hendaklah ia beramal dengan amalan salih dan janganlah ia mempersekutukan dalam menyembah Tuhannya dengan suatu apa-pun.
surat Al-Kahfi

Al-Kahfi ( 18 )
Monday, January 25, 2010
Yakjuj Dan Makjuj Membuat Bencana Muka Bumi
91. Demikianlah Kami mengetahui apa-apa yang ada disisi Zulkarnain.
92. Kemudian ditempuhinya sebuah jalan lagi.
93. Sehingga apabila ia sampai diantara dua buah gunung didapatinya dekat keduanya satu kaum, hampir mereka tiada mengerti perkataan.
94. Mereka berkata : Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj membuat bencana dimuka bumi, sebab itu mahukah engkau kami beri upah, supaya engkau perbuat dinding antara kami dengan mereka ?
95. Berkata Zulkarnain : Apa-apa kekuasaan yang diberikan Tuhan kepadaku lebih baik, sebab itu tolonglah aku dengan kekuatan, supaya kuperbuat dinding yang kukuh, antara kamu dengan mereka.
96. Berilah aku beberapa potong besi, sehingga apabila sama tinggi itu dengan kedua belah gunung itu maka Zulkarnain berkata : Tiuplah api ! Sehingga apabila besi itu telah menjadi api , ia berkata : Berilah aku tembaga, supaya kutuangkan kedalam api itu.
97. Sebab itu mereka tiada kuasa menaikinya dan tiada kuasa pula melubanginya.
98. Berkata Zulkarnain : Ini adalah suatu rahmat dari Tuhanku ; apabila datang janji Tuhan, dorobohkanNya dinding itu menjadi datar dan adalah janji Tuhanku amat benar.
99. Pada hari itu Kami biarkan setengah mereka bercampur aduk dengan yang lain dan sangkakala dituplah, lalu Kami himpunkan mereka dalam satu kumpulan,
100. Dan pada hari itu Kami hampirkan neraka kepada orang-orang kafir dengan sehampir-hampirnya,

Sunday, January 24, 2010
Belum Kami Adakan Untuk Mereka Penutup
81. Lalu kami kehendaki, supaya Tuhan menggantikan keduanya dengan anak yang lebih suci daripadanya dan lebih penyayang kepada orang tuanya.
82. Adapun dinding itu kepunyaan dua orang anak muda yatim dalam kota. Dibawah rumahnya ada harta simpanan. Sedang bapa keduanya orang salih. Lalu Tuhanmu menghendaki, supaya keduanya sampai umur dewasa, lalu keduanya mengeluarkan harta simpanan itu, sebagai rahmat daripada Tuhanmu. Bukanlah yang kuperbuat iru dengan kehendakku. Demikianlah takwilnya perkara yang tiada sanggup engkau sabar terhadapnya.
83. Mereka bertanya kepada engkau dari hal Zulkarnain. Katakanlah, nanti aku bacakan kepadamu riwayatnya.
84. Sesungguhnya telah Kami berikan kekuasaan kepadanya dimuka bumi dan telah Kami berikan kepadanya sebab-sebab tiap-tiap sesuatu.
85. Lalu ditempuhinya suatu sebab.
86. Sehingga apabila ia sampai ditempat terbenam matahari, didapatinya matahari itu terbenam dalam mata air yang berlumpur hitam. Disana didapatinya satu kaum. Kami berkata : Hai Zulkarnain, adakah engkau siksa atau engkau perlihatkan kepada mereka kebaikan.
87. Berkata Zulkarnain : Adapun orang yang zalim, nanti kami akan siksa, kemudian ia dikembalikan kepada Tuhannya, lalu disiksa dengan siksaan yang keras.
88. Adapun orang yang beriman dan mengerjakan yang baik, maka untuknya balasan yang terbaik. Nanti akan Kami katakan kepadanya perkara yang mudah diantara perintah kami.
89. Kemudian ditempuhinya sebuah jalan, yakni ke Timur.
90. Sehingga apabila ia sampai ditempat matahari terbit, didapati matahari itu terbit diatas satu kaum yang belum Kami adakan untuk mereka penutup.

Friday, January 22, 2010
Engkau Takkan Kuasa Sabar Bersamaku
71. Lalu keduanya berjalan. Sehingga apabila keduanya naik perahu, lalu ia mengorek perahu itu. Berkata Musa : Adakah engkau korek perahu ini, supaya engkau mengaramkan penumpangnya ? Sesungguhnya engkau memperbuat suatu yang besar.
72. Dia berkata : Bukankah sudah kukatakan, bahawa engkau takkan kuasa sabar bersamaku.
73. Berkata Musa : Janganlah engkau menyiksaku, kerana kelupaanku dan janganlah engkau memberatiku dengan kesukaran.
74. Lalu keduanya berjalan. Sehingga apabila keduanya menjumpai seorang anak muda, lalu dibunuhnya. Berkata Musa : Mengapa engkau bunuh seorang anak yang suci, tanpa berdosa ? Sesungguhnya engkau telah memperbuat suatu yang mungkar ?
75. Dia berkata : Bukankah telah kukatakan kepadamu, bahawa engkau takkan kuasa sabar bersamaku ?
76. Berkata Musa : Jika aku bertanya kepada engkau tentang sesuatu sesudah ini, janganlah engkau bersahabat denganku, sesungguhnya telah cukuplah engkau menerima keuzuran daripadaku.
77. Lalu keduanya berjalan . Sehingga, apabila keduanya sampai ke penduduk sebuah negeri, lalu keduanya minta makanan kepada penduduknya, tetapi mereka enggan menjamu keduanya. Kemudian keduanya mendapati dalam negeri itu sebuah dinding yang hendak roboh, lalu dibetulkannya. Berkata Musa : Jika engkau kehendaki, ambillah upah daripadanya.
78. Dia berkata : Inilah perceraian antaraku dengan engkau. Nanti akan kuberitakan kepadamu takwil apa yang engkau tak sabar atasnya.
79. Adapun perahu itu adalah kepunyaan anak-anak miskin, mereka bekerja ditengah laut, lalu aku hendak merosakkannya, kerana disana ada seorang raja yang merampas tiap-tiap perahu .
80. Adapun anak muda itu, kedua ibubapanya orang beriman, kami takut bahawa ia akan memaksa keduanya menjadi zalim dan kufur.

Thursday, January 21, 2010
Ikan Itu Mencari Jalan Ke Laut Dengan Meluncur
61. Tatkala keduanya sampai ketempat pertemuan antara dua laut itu, keduanya telah melupakan ikan, lalu ikan itu mencari jalan kelaut dengan meluncur.
62. Setelah keduanya melampaui tempat itu, berkatalah Musa kepada pemudanya : Ambillah makanan kita, kerana kita telah merasa payah dalam perjalanan kita ini.
63. Berkata pemuda itu : Adakah engkau lihat, ketika kita berada diatas batu besar tadi, lalu aku melupakan ikan itu, dan tiadalah yang melupakan daku untuk mengingatinya, melainkan syaitan, sehingga ikan itu mencari jalan kelaut dengan ajaib.
64. Berkata Musa : Itulah yang kita cari. Lalu keduanya kembali mengikut jejaknya sambil bercerita-cerita.
65. Keduanya mendapati seorang hamba diantara hamba-hamba Kami, yang telah Kami kurniakan kepadanya rahmat dari sisi Kami dan telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.
66. Berkata Musa kepadanya : Bolehkah aku mengikuti engkau, supaya engkau ajarkan kepadaku ilmu yang betul yang telah diajarkan kepada engkau.
67. Dia Berkata : Sesungguhnya engkau takkan kuasa sabar bersama-samaku.
68. Bagaimanakah engkau akan sabar tentang sesuatu yang tiada engkau alami ?
69. Berkata Musa : Nanti akan engkau dapati aku insyaAllah, orang yang sabar dan aku tiada akan menderhakai perintahmu.
70. Dia berkata : Jika engkau mengikutku, maka janganlah engkau tanyakan kepadaku tentang sesuatu, sehingga kuterangkan kepadamu sebab-sebabnya.

Tuesday, January 19, 2010
Tetapi Manusia Itu Amat Banyak Bantahannya
51. Aku tiadalah mempersaksikan kepada mereka akan kejadian langit dan bumi dan tiada pula kejadian diri mereka sendiri ; dan aku tiadalah mengangkat orang-orang yang menyesatkan itu menjadi pembantuKu.
52. Pada hari Tuhan berkata : Panggillah olehmu sekutu-sekutuKu yang kamu dakwakan itu ! Lalu mereka panggil, tetapi tiada seorangpun yang menjawab panggilan mereka dan Kami adakan api neraka antara mereka itu.
53. Orang-orang berdosa melihat api neraka, lalu mereka yakin, bahawa mereka akan jatuh kedalamnya, sedang mereka tidak dapat tempat berpaling daripadanya.
54. Sesungguhnya telah Kami nyatakan dalam Quran ini bermacam-macam contoh untuk manusia. Tetapi manusia itu amat banyak bantahannya.
55. Tidak adalah manusia yang enggan beriman, ketika datang petunjuk kepada mereka dan minta ampun kepada Tuhannya, melainkan mereka ditimpa siksaan sebagai sunnah orang-orang dahulukala atau ditimpa siksaan dengan terang-terangan.
56. Kami tiadalah mengutus rasul-rasul itu, melainkan untuk memberi khabar gembira dan khabar takut. Orang-orang kafir itu membantah dengan yang batil, supaya mereka menolak kebenaran, dan mereka ambil ayat-ayatKu dan segala peringatan jadi olok-olokkan.
57. Siapakah yang terlebih zalim dari orang yang diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang diperbuat tangannya ? Sesungguhnya Kami adakan tutup atas hati mereka, sehingga mereka tidak memahaminya, dan ditelinga mereka, ada sumbat. Jika engkau seru mereka kepada petunjuk, maka tiadalah mereka mendapat petunjuk ketika itu selama-lamanya.
58. Tuhanmu Pengampun dan mempunyai rahmat. Kalau sekiranya Dia hendak menyiksa mereka, kerana usahanya, nescaya disegerakanNya siksaan bagi mereka. Tetapi bagi mereka ada perjanjian, mereka takkan dapat tempat berlindung, selain daripadaNya.
59. Negeri-negeri itu telah Kami binasakan, ketika mereka itu zalim dan Kami adakan untuk kebinasaan mereka itu waktu yang ditentukan.
60. Ketika Musa berkata kepada pemudanya : Aku akan terus berjalan, sehingga aku sampai dipertemuan dua laut atau aku teruskan perjalanan beberapa lamanya.

Sunday, January 17, 2010
Dihadapkan Kehadirat Tuhanmu Berbaris-Baris
41. Atau air sungai turun kebawah tanah, sehingga engkau tidak dapat mengambilnya.
42. Kemudian dimusnahkan buah-buahannya, lalu ia membalikkan kedua belah telapak tangannya, atas apa yang dibelanjakannya untuk kebun itu, sedang kebun itu telah gugur dengan atap-atapnya, lalu ia berkata : Aduhai kiranya !Tiadalah aku mempersekutukan Tuhanku dengan satu juapun.
43. Ia tiada dapat kaum yang menolonginya, selain daripada Allah, dan ia tiada mendapat pertolongan.
44. Disana pertolongan bagi Allah yang hak. Dia-lah memberi pahala yang terbaik dan akibat yang terbaik.
45. Tunjukkanlah kepada mereka umpama hidup didunia seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur dengan tumbuh-tumbuhan bumi, kemudian ia menjadi kering, diterbangkan oleh angin. Allah Mahakuasa atas tiap-tiap sesuatu.
46. Harta benda dan anak-anak adalah perhiasan hidup didunia, dan yang kekal lagi baik, lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu, dan lebih baik dicita-cita.
47. Pada hari Kami hancurkan gunung-gunung dan engkau lihat bumi menjadi kosong, lalu Kami himpunkan mereka itu, maka tiada Kami tinggalkan diantara mereka seorang juapun.
48. Kemudian mereka itu dihadapkan kehadirat Tuhanmu berbari-baris : Sesungguhnya telah kamu datang kepada Kami, sebagaimana Kami menjadikan kamu pada pertama kali, tetapi kamu sangka, bahawa Kami tiada akan mengadakan tempat perjanjian ini.
49. Diletakkan buku, maka engkau lihat orang-orang berdosa gementar ketakutan, kerana apa-apa didalam bukunya, lalu mereka berkata : Ah, amat celaka kami, mengapakah buku ini tiada meninggalkan yang kecil dan tiada pula yang besar, melainkan dihitung semuanya. Mereka memperoleh dihadapannya apa-apa yang telah dikerjakannya. Tuhanmu tiada aniaya kepada seorang juapun.
50. Ketika Kami berkata kepada malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam ! Lalu mereka sujud, kecuali Iblis ; ia daripada golongan jin, lalu ia menderhakai perintah Tuhannya. Adakah kamu angkat dia dan anak-cucunya menjadi wali, selain daripadaKu, sedang mereka itu musuhmu ? Amat jahat gantiKu bagi orang-orang yang zalim.

Saturday, January 16, 2010
Mengirimkan Ke Kebun Engkau Petir Dari Langit
31. Untuk mereka itu syurga Adnin yang mengalir air sungai dibawah mereka, mereka dihiasi dengan gelang emas dan memakai baju hijau dari sutera yang tipis dan sutera yang tebal, sedang mereka bersandar diatas dipan. Sebaik-baik pahala ; dan sebagus-bagus tempat bersenang-senang.
32. Tunjukkanlah contoh kepada mereka, dua orang laki-laki, Kami adakan untuk salah seorang diantara keduanya dua bidang kebun anggur dan Kami lingkari dengan pohon kurma dan antara kedua kebun itu Kami adakan pula tanam-tanaman.
33. Kedua kebun itu mendatangkan hasilnya dan tidak berkurang sedikitpun dan Kami alirkan disela-sela keduanya air sungai,
34. Dan bagi laki-laki itu ada buah-buahan, lalu ia berkata kepada temannya, sedang ia bercakap-cakap dengan dia : Harta saya lebih banyak daripada harta engkau dan pembantu-pembantu saya lebih mulia.
35. Ia masuk kedalam kebunnya, sedang ia menzalimi dirinya , ia berkata : Tidak kusangka, bahawa kebunku ini akan binasa selama-lamanya ;
36. Dan tidak kusangka bahawa kiamat akan datang dan demi, jika aku dikembalikan kepada Tuhanku, nescaya akan kudapati tempat kembali yang lebih baik daripadanya.
37. Berkata temannya tengah ia bercakap-cakap itu : Adakah engkau engkar kepada yang menjadikan engkau dari tanah, kemudian daripada air mani lelaki, kemudian Dia sempurnakan kejadian engkau jadi seorang laki-laki ?
38. Tetapi saya, Dia Allah, Tuhanku dan aku tiada mempersekutukan Tuhanku dengan satu juapun.
39. Mengapakah tidak engkau katakan, ketika engkau masuk kedalam kebun engkau : MaasyaAllah, tiadalah kekuatan, melainkan dengan Allah. Jika engkau melihatku kurang harta dan anak daripada engkau,
40. Maka mudah-mudahan Tuhanku menganugerahiku kebajikan, yang lebih baik dari kebun engkau itu dan Dia mengirimkan kekebun engkau petir dari langit, lalu ia menjadi bumi yang licin,

Friday, January 15, 2010
Seperti Kotoran Minyak Yang Membakar Muka
21. Demikianlah Kami perlihatkan kepada mereka, supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah sebenar-benarnya dan bahawa hari kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika mereka berbantah-bantah sesamanya tentang urusan pemuda-pemuda itu ; lalu mereka berkata : Perbuatlah bangunan diatas gua mereka ! Tuhan kamu lebih mengetahui tentang hal mereka. Berkata orang-orang yang menang dalam urusan pemuda-pemuda itu : Kami akan perbuat sebuah masjid diatas mereka itu.
22. Nanti orang-orang yang berbantah-bantah itu tiga orang, yang keempat anjing mereka, diantaranya mengatakan lima orang dan keenam anjing mereka, sebagai meramalkan barang yang ghaib. Setengahnya mengatakan tujuh orang, kelapan anjing mereka. Katakanlah : Tuhanku lebih mengetahui berapa bilangan mereka. Tiada yang mengetahui mereka itu, melainkan sedikit sahaja. Sebab itu janganlah engkau bertengkar-tengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran dilahir sahaja dan jangan pula bertanya kepada salah seorang diantara mereka itu.
23. Janganlah engkau mengatakan tentang sesuatu urusan : Besok hari saya kerjakan itu,
24. Melainkan jika dikehendaki Allah. Ingatlah Tuhanmu, jika engkau lupa ; dan katakanlah : Mudah-mudahan Tuhanku menunjukiku dengan petunjuk kepada yang lebih dekat kepada kebenaran daripada ini.
25. Mereka itu diam dalam gua tiga ratus tahun lamanya dan bertambah lagi sembilan tahun.
26. Katakanlah : Allah lebih mengetahui berapa lama pemuda-pemuda itu diam dalam gua itu. BagiNya yang ghaib dilangit dan dibumi. Alangkah penglihatanNya dan alangkah pendengaranNya! Tak ada bagi mereka wali, selain daripadaNya dan tiada bersekutu dengan seorang juapun tentang hukumNya.
27. Bacakanlah apa-apa yang diwahyukan kepadamu, iaitu kitab Tuhanmu. Tiada yang mengubah kalimatNya dan engkau tiada memperoleh tempat berlindung, selain daripadaNya.
28. Sabarkanlah hatimu serta orang-orang yang menyembah Tuhannya pada pagi dan petang, sedang mereka menghendaki keredaan Allah ; dan janganlah engkau palingkan pemandangan daripada mereka, kerana menghendaki perhiasan hidup didunia. Janganlah engkau turut orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari mengingati Kami dan mengikut hawa nafsunya ; dan adalah perbuatannya melebihi batas.
29. Katakanlah : Kebenaran itu daripada Tuhanmu. Barang siapa yang mahu hendaklah beriman dan barang siapa yang mahu hendaklah engkar. Sesungguhnya telah Kami sediakan untuk orang-orang zalim neraka, sedang mereka itu dilingkari oleh dindingnya. Jika mereka minta tolong, dituangi dengan air seperti kotoran minyak yang membakar muka, sejahat-jahat minuman sekeji-keji tempat.
30. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan yang baik-baik, Kami tiada akan mensia-siakan pahala orang yang membaikkan amalnya.

Thursday, January 14, 2010
Kami Tidurkan Mereka Dalam Gua Itu
11. Lalu Kami tidurkan mereka dalam gua beberapa tahun lamanya ;
12 Kemudian mereka itu Kami bangunkan, supaya Kami mengetahui, manakah diantara dua golongan yang lebih tepat perhitungannya tentang lama mereka diam dalam gua itu.
13. Kami kisahkan kepada engkau perkhabaran mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan dan Kami tambahi mereka itu dengan petunjuk.
14. Kami perkukuhkan dalam hati mereka, ketika mereka berdiri, lalu berkata : Tuhan kami ialah tuhan langit dan bumi, kami tiada akan menyembah Tuhan selain daripadaNya. Tentu kami berkata dengan perkataan yang jauh.
15. Mereka ini, kaum kami, mereka mengangkat Tuhan-Tuhan selain daripada Allah. Mengapakah mereka tiada menunjukkan dalil yang nyata atas demikian itu ? Siapakah yang terlebih aniaya dari orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah ?
16. Ketika kamu memisahkan diri dari mereka dan apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, maka berdiamlah kamu ke dalam gua, nanti Tuhanmu melimpahkan rahmatNya kepadamu dan menyediakan untukmu dari urusanmu barang-barang keperluanmu.
17. Engkau lihat matahari, ketika terbit, miring dari gua mereka kesebelah kanan dan ketika terbenam dilampuinya gua mereka kesebelah kiri, sedang mereka dalam lapangan gua itu. Demikian itu sebahagian dari tanda-tanda Allah. Barang siapa yang ditunjuki Allah, niscaya ia mendapat petunjuk dan siapa yang disesatkanNya, maka tiadalah engkau mendapat wali yang menunjukinya.
18. Engkau kira mereka itu bangun, sedangkan mereka tidur. Kami balik-balikkan badan mereka kesebelah kanan dan kesebelah kiri, sedang anjing mereka mengembangkan kedua lengannya di halaman gua. Jika engkau lihat mereka, niscaya engkau berpaling lari dari mereka dan penuh hatimu dengan ketakutan.
19. Demikianlah Kami bangunkan mereka itu, supaya mereka sesamanya tanya-bertanya. Berkata salah seorang diantara mereka itu : Berapakah lamanya kita diam disini ? Jawab mereka : Kita diam disini satu hari atau setengah hari . Mereka berkata : Tuhanmu lebih mengetahui, berapa lamanya kamu diam. Sebab itu suruhlah salah seorang diantara kamu ke kota dengan membawa wang perak ini, dan hendaklah ia lihat mana makanan yang lebih bersih, kemudian hendaklah dibawanya kemari untuk rezekimu dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah ia memberitahukan kepada seorang juapun tentang halmu.
20. Sesungguhnya, jika mereka mengetahui kamu, niscaya kamu dirajamnya atau dipaksanya kamu kembali kepada agama mereka, tentu kamu tiada akan beroleh kemenangan selama-lamanya.

Wednesday, January 13, 2010
Berdiam Pemuda-Pemuda Ke Dalam Gua
1. Alhamdulillah yang telah menurunkan kitab kepada hambaNya dan tidak ada di dalamnya bengkok.
2. Lurus , supaya ia mempertakuti dengan azab yang keras dari sisi Allah dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan yang baik-baik, sesungguhnya untuk mereka itu pahala yang baik,
3. Tinggal didalamnya selama-lamanya,
4. Dan memberi khabar takut kepada orang-orang yang mengatakan Allah itu mempunyai anak.
5. Padahal tidak ada bagi mereka pengetahuan tentang itu dan tidak pula bagi bapa-bapa mereka. Besar sekali kata-kata yang keluar dari mulut mereka. Mereka tiada mengatakan demikian, melainkan semata-mata dusta.
6. Boleh jadi engkau membinasakan diri engkau sepeninggal mereka, jika mereka tiada percaya kepada berita ini, kerana dukacita.
7. Sesungguhnya Kami jadikan apa yang dimuka bumi sebagai perhiasannya, supaya Kami uji, manakah diantara mereka, orang yang lebih baik amalannya.
8. Sesungguhnya Kami jadikan dimuka bumi tanah yang kering.
9. Adakah engkau kira bahawa penduduk gua dan batu bersurat, suatu tanda Kami yang ajaib ?
10. Ketika berdiam pemuda-pemuda ke dalam gua, lalu mereka berkata : Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat dari sisiMu dan siapkanlah untuk kami yang baik dalam urusan kami.

Sunday, January 10, 2010
Kami Berikan Kepada Musa Sembilan Ayat
101. Sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa sembilan ayat yang nyata, sebab itu tanyakanlah kepada Bani Israil, ketika Musa datang kepada mereka, lalu berkata Firaun kepadanya : Sesungguhnya aku menyangka engkau, hai Musa, seorang kena sihir.
102. Berkata Musa : Sesungguhnya engkau mengetahui, bahawa tiada yang menurunkan ayat-ayat itu, melainkan Tuhan langit dan bumi sebagai keterangan. Sesungguhnya aku menyangka engkau , hai Firaun, seorang yang binasa.
103. Firaun hendak mengusir mereka dari bumi, kemudian Kami tenggelamkan dia dan orang yang sertainya sekalian,
104. Dan berkata Kami , sepeninggal Firaun kepada Bani Israil : Diamlah kamu di bumi ini, maka apabila datang janji akhirat, Kami kumpulkan kamu sekalian.
105. Dengan kebenaran Kami turunkan Al-Quran dan dengan kebenaran ia turun. Kami tiada mengutuskan engkau, melainkan untuk memberi khabar gembira dan khabar takut.
106. Quran Kami turunkan beransur-ansur, supaya engkau bacakan kepada manusia dengan perlahan-lahan dan Kami turunkan dia sedikit demi sedikit.
107. Katakanlah : Berimanlah kamu kepada Al-Quran ini atau tiada beriman. Sesungguhnya orang-orang yang berilmu sebelum turunnya, apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, lalu mereka meniarap sujud, atas dahinya,
108. Dan mereka berkata : Mahasuci Tuhan kami sungguh janji Tuhan kami mesti diperbuat.
109. Mereka meniarap atas dahinya serta menangis, dan Quran itu menambah khusyuk hati mereka.
110. Katakanlah : Berdoalah kepada Allah atau berdoalah kepada Rahman. Sembarang nama kamu meminta, maka bagiNya ada nama-nama yang terbaik. Janganlah engkau keraskan solat engkau dan jangan pula engkau lunakkan dan ambillah jalan antara demikian itu.
111. Katakanlah : Alhamdulillah yang tiada mempunyai anak dan tak ada bagiNya sekutu dalam kerajaanNya, dan tak ada bagiNya wali kerana kehinaan dan besarkanlah Dia sebesar-besarnya.
surat Bani Israil/Al-Israak

Bani Israil/Al-Israak ( 17 )
Saturday, January 9, 2010
Ada Bagi Engkau Sebuah Rumah Daripada Emas
91. Atau ada bagi engkau sebidang kebun kurma dan anggur, lalu engkau pancar sungai disela-selanya sebenar-benarnya terpancar,
92. Atau engkau jatuhkan langit berpotong-potong sebagaimana engkau katakan kepada kami, atau engkau bawa Allah dan malaikat berhadapan dengan kami.
93. Atau ada bagi engkau sebuah rumah dari emas, atau engkau naik ke langit. Tetapi kami tiada akan percaya atas kenaikan engkau itu, kecuali jika engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. Katakanlah : Mahasuci Tuhanku, aku tidak lain , hanya manusia yang menjadi rasul.
94. Tak adalah yang menghalangi manusia hendak beriman, setelah datang kepada mereka petunjuk melainkan perkataan mereka : Adakah Allah mengutus manusia menjadi rasul ?
95. Katakanlah : Kalau sekiranya ada dimuka bumi malaikat-malaikat yang berjalan dengan tenteram, niscaya Kami turunkan kepada mereka dari langit seorang malaikat menjadi rasul.
96. Katakanlah : Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan antara kamu. Sesungguhnya Dia Mahamengetahui dan Mahamelihat akan hambaNya.
97. Barang siapa yang ditunjuki Allah, maka ia mendapat petunjuk dan barang siapa yang disesatkanNya, maka engkau tiada memperoleh wali untuk mereka, selain daripadaNya. Kami himpunkan mereka pada hari kiamat, atas mukanya, sedang mereka buta, bisu dan pekak. Tempat mereka dalam neraka jahanam. Tiap-tiap kurang nyala apinya, lalu Kami tambah, sampai bernyala-nyala.
98. Demikian itulah balasan untuk mereka, kerana mereka itu engkar akan ayat-ayat Kami, dan mereka berkata : Apabila kami menjadi tulang dan telah hancur, adakah boleh kami dibangkitkan menjadi makhluk yang baru ?
99. Tiadakah mereka memperhatikan, bahawa Allah yang menjadikan langit dan bumi, berkuasa buat menjadikan seumpama mereka dan mengadakan untuk mereka ajal yang tidak ada keraguan padanya. Tiap-tiap orang zalim enggan selain dari engkar.
100. Katakanlah : Kalau sekiranya kamu mempunyai perbendaharan rahmat Tuhanku, niscaya kamu menjadi bakhil, takut membelanjakannya. Adalah manusia itu bakhil.
surat Bani Israil/ Al-Israak

Friday, January 8, 2010
Ruh Itu Sebahagian Dari Urusan Tuhanku
81. Katakanlah : Telah datang kebenaran dan telah lenyap yang batil. Sesungguhnya yang batil itu mesti lenyap.
82. Kami turunkan diantara Quran sesuatu yang menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman, tetapi yang demikian tiada menambah orang-orang yang zalim, melainkan kerugian.
83. Apabila Kami memberi nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan dirinya dan apabila ia ditimpa kesusahan, ia jadi putus asa.
84. Katakanlah : Masing-masing bekerja menurut bentuknya. Tuhanmu lebih mengetahui orang yang mendapat jalan yang terlebih baik.
85. Mereka bertanya kepada engkau tentang ruh. Katakanlah : Ruh itu sebahagian dari urusan Tuhanku ; kamu tiada diberi pengetahuan, melainkan sedikit.
86. Demi , jika Kami kehendaki, niscaya Kami hapuskan apa yang telah Kami wahyukan kepada engkau, kemudian engkau tiada memperoleh wakil terhadap Kami,
87. Kecuali rahmat daripada Tuhanmu. Sungguh kurniaNya besar terhadap engkau.
88. Katakanlah : Demi , jika berhimpun manusia dan jin hendak memperbuat seumpama Quran ini, niscaya mereka tiada dapat memperbuat seumpamanya, meskipun setengah mereka menolong yang lain.
89. Sesungguhnya telah Kami terangkan dalam Quran ini untuk manusia dengan bermacam-macam contoh, tetapi kebanyakan manusia enggan, kecuali kufur.
90. Mereka berkata : Kami tiada akan percaya kepada engkau, kecuali jika engkau pancarkan mata air dari bumi untuk kami.

Thursday, January 7, 2010
Bertahajud Sebagai Tambahan Untuk Engkau
71. Pada hari Kami panggil tiap-tiap manusia dengan imamnya. Barang siapa yang didatangkan kitabnya dari sebelah kanannya, maka mereka itu membaca kitabnya , sedang mereka teraniaya sedikit juapun.
72. Barang siapa yang buta di sini, niscaya ia buta pula di akhirat dan lebih sesat jalannya.
73. Sesungguhnya hampir mereka mencubai engkau, tentang yang Kami wahyukan kepada engkau, supaya engkau mengada-adakan dusta terhadap Kami dengan lainnya ; dan ketika itu mereka mengangkat engkau menjadi temannya.
74. Kalau sekiranya tiadalah Kami tetapkan engkau, sesungguhnya hampir engkau condong sedikit kepada mereka itu,
75. niscya Kami rasakan kepada engkau dua kali ganda hidup dan dua kali ganda mati, kemudian engkau tiada memperoleh penolong terhadap Kami.
76. Sesungguhnya hampir mereka mengganggu engkau dalam negeri, supaya mereka mengusir engkau daripadanya. Ketika itu mereka tiada tinggal sepeninggalmu, kecuali sebentar sahaja.
77. Sunnah yang telah Kami utus sebelum engkau diantara rasul-rasul Kami ; dan engkau tidak dapat mengubah sunnah Kami itu.
78. Dirikanlah solat dari condong matahari, sampai gelap malam dan Quran fajar. Sesungguhnya Quran fajar itu itu dipersaksikan.
79. Pada malam hari, hendaklah engkau bertahajud sebagai tambahan untuk engkau, mudah-mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.
80. Katakanlah : Ya Tuhanku, masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar, dan keluarkanlah aku dari tempat keluar yang benar dan adakanlah untukku dari sisiMu kekuasaan yang menolongku.

Tuesday, January 5, 2010
Kami Muliakan Bani Adam
61. Ketika kami berfirman kepada malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam ! Lalu merek sujud,kecuali Iblis. Ia berkata : Adakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau jadikan dari tanah ?
62. Ia berkata lagi : Khabarkanlah kepadaku tentang ini yang Engkau muliakan lebih daripadaku. Demi, jika Engkau berikan tempoh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya aku musnahkan anak-anak cucunya, kecuali sedikit sahaja.
63. Berfirman Allah : Pergilah engkau, barang siapa yang mengikut engkau diantara mereka, maka sesungguhnya neraka jahanamlah untuk balasanmu, sebagai balasan yang sempurna.
64. Gerakkanlah orang yang engkau kuasai diantara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikatilah mereka pada harta dan anak-anak dan janjikanlah kepada mereka. Tak adalah yang dijanjikan syaitan kepada mereka, melainkan tipuan.
65. Sesungguhnya hamba-hambaKu, tak ada bagi engkau kekuasaan atas mereka itu. Cukuplah Tuhanmu menjadi wakil.
66. Tuhanmu yang melayarkan kapal untuknu dilaut, supaya dapat kamu mencari kurniaNya. Sesungguhnya Dia Penyayang kepadamu.
67. Apabila kamu ditimpa kesusahan dilaut, lenyaplah siapa yang kamu sembah, kecuali Dia. Sesudah Dia menyelamatkan kamu sampai ke darat, kamu berpaling. Adalah manusia itu sangat ingkar.
68. Adakah kamu merasakan aman, jika Dia membenamkan bersama kamu sebahagian daratan atau mengirim kepadamu angin yang berbatu, kemudian kamu tiada memperoleh wakil untuk kamu.
69. Bahkan adakah kamu merasa aman, jika Allah mengembalikan kamu kelaut sekali lagi, kemudian Dia kirimkan angin taufan yang deras kepadamu sampai kamu ditenggelamkannya, disebabkan kamu ingkar kemudian kamu tiada memperoleh orang yang menuntut terhadap Kami.
70. Sesungguhnya telah Kami muliakan Bani Adam dan Kami angkut mereka dengan kenderaan di darat dan di laut serta Kami beri rezeki mereka dengan yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami jadikan dengan kelebihan.

Monday, January 4, 2010
Pohon Kayu Yang Terkutuk Dalam Al-Quran
51. atau menjadi makhluk yang besar keadaannya dalam hatimu. Nanti mereka akan berkata : Siapakah akan mengembalikan kami ?Katakanlah : Yang menjadikan kamu pertama kali. Lalu mereka menggelenkan kepalanya kepada engkau dan berkata : Bilakah ia ? Katakanlah : Mudah-mudahan ia telah dekat.
52. Pada hari Dia memanggil kamu, lalu kamu perkenankan serta memujiNya dan Kamu menyangka, bahawa kamu tiada tinggal, melainkan sebentar sahaja.
53. Katakanlah kepada hamba-hambaKu, supaya mereka mengatakan perkataan yang terbaik. Sesungguhnya syaitan menghasut antara mereka itu. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi manusia.
54. Tuhanmu lebih mengetahui tentang halmu. Jika Dia menghendaki, niscaya kamu dikasihiNya atau jika Dia menghendaki, niscaya kamu disiksaNya. Bukanlah Kami mengutus engkau menjadi wakil atas mereka.
55. Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang dilangit dan bumi. Sesungguhnya Kami lebihkan setengah nabi-nabi daripada yang lain ; dan Kami berikan Zabur kepada Daud.
56. Katakanlah : Panggillah orang-orang yang kamu sangka Tuhan, selain daripada Allah, maka mereka tidak berkuasa menghilangkan kemelaratan daripadamu dan tiada pula memisahkannya.
57. Orang-orang yang mereka sembah mencari wasilah kepada Tuhannya, mana yang lebih dekat dan mengharapkan rahmatNya dan takut akan azabNya. Sesungguhnya azab Tuhanmu amat ditakuti.
58. Tak adalah diantara suatu negeri, melainkan Kami membinasakannya, sebelum hari kiamat atau menyiksanya dengan siksaan yang keras. Yang demikian itu telah termaktub dalam kitab.
59. Tak adalah yang melarang Kami untuk mengirimkan ayat-ayat, melainkan kerana didustakan juga mukjizat itu oleh orang-orang dahulu. Dan Kami berikan kepada Tsamud unta, sebagai keterangan, tetapi mereka menzaliminya. Kami tiada mengirim ayat-ayat itu, kecuali untuk mempertakuti.
60. Ketika Kami berkata kepada engkau : Sesungguhnya Tuhanmu meliputi semua manusia. Kami tiada jadikan penglihatan yang Kami perlihatkan kepada engkau, melainkan untuk cubaan bagi manusia dan pohon kayu yang terkutuk dalam Quran. Kami pertakuti mereka itu, tetapi pertakut itu tiada menambah mereka melainkan kederhakaan yang besar.

Sunday, January 3, 2010
Jadi Batulah Kamu atau Jadi Besi !
41. Sesungguhnya telah Kami terangkan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mendapat peringatan. Tetapi yang demikian tiada menambah mereka, melainkan lari.
42. Katakanlah : Kalau sekiranya ada beberapa Tuhan serta Allah, seperti perkataan mereka, niscaya mereka itu menuntut suatu jalan kepada Yang mempunyai arasy.
43. Mahasuci Allah dan Mahatinggi dari apa yang mereka katakan, sebenar-benarnya tinggi dan sebenar-benarnya besar.
44. Bertasbih kepadaNya langit yang tujuh dan bumi serta siapa yang ada dalam semuanya. Tak adalah suatu, melainkan tasbih serta memujiNya, tetapi kamu tiada mengerti tasbih mereka itu. Sesungguhnya Dia Penyantun lagi Pengampun.
45. Apabila engkau membaca Quran, Kami adakan dinding yang menutup antara engkau dan antara orang-orang yang tiada beriman kepada akhirat;
46. Dan Kami adakan tutup diatas hati mereka, sehingga mereka tiada mengerti dan di telinga mereka, ada sumbat. Apabila engkau menyebut Tuhanmu satu-satuNya dalam Quran, mereka berpaling lari kebelakang.
47. Kami lebih mengetahui apa yang mereka dengarkan, ketika mereka mendengarkan kepada engkau dan ketika berbisik-bisik, ketika berkata orang-orang yang zalim : Kamu tiada mengikut, melainkan lelaki yang kena sihir.
48. Perhatikanlah, bagaimana mereka itu mengadakan bermacam-macam contoh terhadap engkau, sebab itu mereka sesat, dan tiada sanggup kejalan.
49. Mereka berkata : Adakah apabila kami telah menjadi tulang dan telah hancur kami akan dibangkitkan menjadi makhluk yang baru ?
50. Katakanlah : Jadi batulah kamu atau jadi besi !

Friday, January 1, 2010
Janganlah Kamu Menghampiri Zina
31. Janganlah kamu bunuh anak-anakmu, kerana takut kemiskinan. Kami memberi rezeki mereka dan rezekimu. Sesungguhnya membunuh mereka itu suatu dosa besar.
32. Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat.
33. Janganlah kamu bunuh manusia yang diharamkan Allah, kecuali dengan kebenaran. Barang siapa terbunuh dengan aniaya, sesungguhnya Kami berikan kekuasaan kepada walinya, sebab itu janganlah ia berlebih-lebihan dalam pembunuhan. Sesungguhnya ia mendapat pertolongan.
34. Janganlah kamu hampiri harta anak yatim, melainkan dengan sebaik-baiknya, hingga ia sampai dewasa ; dan tepatilah janji, sesungguhnya janji itu akan diperiksa.
35. Kamu sempurnakanlah sukatan, bila kamu menyukat dan timbanglah dengan timbangan yang betul. Demikian itu lebih baik dan paling baik akhirnya.
36. Janganlah engkau turut apa-apa yang tidak ada pengetahuan engkau tentang keadaannya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, masing-masingnya akan diperiksa.
37. Janganlah engkau berjalan dimuka bumi dengan sombong, sesungguhnya engkau tiada dapat menembusi bumi dan takkan sampai engkau setinggi gunung.
38.segala yang tersebut itu adalah kejahatannya amat dibenci disisi Tuhanmu.
39. Demikianlah sebahagian yang diwahyukan Tuhan kepadamu, diantara hikmah. Janganlah engkau adakan Tuhan yang lain serta Allah, nanti engkau dilemparkan kedalam neraka jahanam serta tercela dan terusir.
40. Adakah Tuhanmu menentukan anak laki-laki untukmu dan Dia mengambil malaikat menjadi anak perempuan ? Sesungguhnya kamu mengeluarkan perkataan yang besar.

Subscribe to:
Posts (Atom)