101. Sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa sembilan ayat yang nyata, sebab itu tanyakanlah kepada Bani Israil, ketika Musa datang kepada mereka, lalu berkata Firaun kepadanya : Sesungguhnya aku menyangka engkau, hai Musa, seorang kena sihir.
102. Berkata Musa : Sesungguhnya engkau mengetahui, bahawa tiada yang menurunkan ayat-ayat itu, melainkan Tuhan langit dan bumi sebagai keterangan. Sesungguhnya aku menyangka engkau , hai Firaun, seorang yang binasa.
103. Firaun hendak mengusir mereka dari bumi, kemudian Kami tenggelamkan dia dan orang yang sertainya sekalian,
104. Dan berkata Kami , sepeninggal Firaun kepada Bani Israil : Diamlah kamu di bumi ini, maka apabila datang janji akhirat, Kami kumpulkan kamu sekalian.
105. Dengan kebenaran Kami turunkan Al-Quran dan dengan kebenaran ia turun. Kami tiada mengutuskan engkau, melainkan untuk memberi khabar gembira dan khabar takut.
106. Quran Kami turunkan beransur-ansur, supaya engkau bacakan kepada manusia dengan perlahan-lahan dan Kami turunkan dia sedikit demi sedikit.
107. Katakanlah : Berimanlah kamu kepada Al-Quran ini atau tiada beriman. Sesungguhnya orang-orang yang berilmu sebelum turunnya, apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, lalu mereka meniarap sujud, atas dahinya,
108. Dan mereka berkata : Mahasuci Tuhan kami sungguh janji Tuhan kami mesti diperbuat.
109. Mereka meniarap atas dahinya serta menangis, dan Quran itu menambah khusyuk hati mereka.
110. Katakanlah : Berdoalah kepada Allah atau berdoalah kepada Rahman. Sembarang nama kamu meminta, maka bagiNya ada nama-nama yang terbaik. Janganlah engkau keraskan solat engkau dan jangan pula engkau lunakkan dan ambillah jalan antara demikian itu.
111. Katakanlah : Alhamdulillah yang tiada mempunyai anak dan tak ada bagiNya sekutu dalam kerajaanNya, dan tak ada bagiNya wali kerana kehinaan dan besarkanlah Dia sebesar-besarnya.
surat Bani Israil/Al-Israak
Sunday, January 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment