Wednesday, January 13, 2010

Berdiam Pemuda-Pemuda Ke Dalam Gua

1. Alhamdulillah yang telah menurunkan kitab kepada hambaNya dan tidak ada di dalamnya bengkok.

2. Lurus , supaya ia mempertakuti dengan azab yang keras dari sisi Allah dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan yang baik-baik, sesungguhnya untuk mereka itu pahala yang baik,

3. Tinggal didalamnya selama-lamanya,

4. Dan memberi khabar takut kepada orang-orang yang mengatakan Allah itu mempunyai anak.

5. Padahal tidak ada bagi mereka pengetahuan tentang itu dan tidak pula bagi bapa-bapa mereka. Besar sekali kata-kata yang keluar dari mulut mereka. Mereka tiada mengatakan demikian, melainkan semata-mata dusta.

6. Boleh jadi engkau membinasakan diri engkau sepeninggal mereka, jika mereka tiada percaya kepada berita ini, kerana dukacita.

7. Sesungguhnya Kami jadikan apa yang dimuka bumi sebagai perhiasannya, supaya Kami uji, manakah diantara mereka, orang yang lebih baik amalannya.

8. Sesungguhnya Kami jadikan dimuka bumi tanah yang kering.

9. Adakah engkau kira bahawa penduduk gua dan batu bersurat, suatu tanda Kami yang ajaib ?

10. Ketika berdiam pemuda-pemuda ke dalam gua, lalu mereka berkata : Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat dari sisiMu dan siapkanlah untuk kami yang baik dalam urusan kami.

surat Al-Kahfi

No comments:

Post a Comment