Friday, January 29, 2010

Tiada Bercakap Dengan Manusia Tiga Malam

1. KaafHaa Yaa Aain Shaad.

2. Peringatan rahmat Tuhanmu kepada hambaNya , Zakaria.

3. Ketika ia menyeru kepada Tuhannya suatu permintaan yang tersembunyi.

4. Dia berkata : Ya Tuhanku, sesungguhnya telah lemas tulangku dan telah bernyala-nyala uban dikepalaku dan aku tak pernah celaka dalam meminta kepadamu, ya Tuhanku !

5. Sesungguhnya aku takut akan orang-orang yang akan menjadi wali sepeninggalku, sedang perempuanku mandul, sebab itu berilah aku seorang wali dari sisiMu,

6. Yang akan mewarisku dan mewarisi keluarga Yaakub ; dan jadikanlah dia, ya Tuhanku, seorang yang disukai.

7. Hai Zakaria ! Sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu dengan seorang anak, namamya Yahya yang belum pernah Kami berikan nama seperti itu sebelumnya.

8. Dia berkata : Ya Tuhanku, bagaimanakah aku akan memperoleh seorang anak, sedang perempuanku mandul dan aku telah sampai usia sangat tua ?

9. Berkata Allah : Demikianlah. Berfirman Tuhanmu : Ia mudah bagiKu, sesungguhnya telah Kujadikan engkau sebelumnya sedang engkau belum ada suatupun.

10. Berkata Zakaria : Ya Tuhanku ! Tunjukkanlah kepadaku tandanya. Berfirman Allah. Tandanya, bahawa engkau tiada bercakap-cakap dengan manusia tiga malam, sedang engkau masih sihat.

surat Maryam

No comments:

Post a Comment