51. Aku tiadalah mempersaksikan kepada mereka akan kejadian langit dan bumi dan tiada pula kejadian diri mereka sendiri ; dan aku tiadalah mengangkat orang-orang yang menyesatkan itu menjadi pembantuKu.
52. Pada hari Tuhan berkata : Panggillah olehmu sekutu-sekutuKu yang kamu dakwakan itu ! Lalu mereka panggil, tetapi tiada seorangpun yang menjawab panggilan mereka dan Kami adakan api neraka antara mereka itu.
53. Orang-orang berdosa melihat api neraka, lalu mereka yakin, bahawa mereka akan jatuh kedalamnya, sedang mereka tidak dapat tempat berpaling daripadanya.
54. Sesungguhnya telah Kami nyatakan dalam Quran ini bermacam-macam contoh untuk manusia. Tetapi manusia itu amat banyak bantahannya.
55. Tidak adalah manusia yang enggan beriman, ketika datang petunjuk kepada mereka dan minta ampun kepada Tuhannya, melainkan mereka ditimpa siksaan sebagai sunnah orang-orang dahulukala atau ditimpa siksaan dengan terang-terangan.
56. Kami tiadalah mengutus rasul-rasul itu, melainkan untuk memberi khabar gembira dan khabar takut. Orang-orang kafir itu membantah dengan yang batil, supaya mereka menolak kebenaran, dan mereka ambil ayat-ayatKu dan segala peringatan jadi olok-olokkan.
57. Siapakah yang terlebih zalim dari orang yang diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang diperbuat tangannya ? Sesungguhnya Kami adakan tutup atas hati mereka, sehingga mereka tidak memahaminya, dan ditelinga mereka, ada sumbat. Jika engkau seru mereka kepada petunjuk, maka tiadalah mereka mendapat petunjuk ketika itu selama-lamanya.
58. Tuhanmu Pengampun dan mempunyai rahmat. Kalau sekiranya Dia hendak menyiksa mereka, kerana usahanya, nescaya disegerakanNya siksaan bagi mereka. Tetapi bagi mereka ada perjanjian, mereka takkan dapat tempat berlindung, selain daripadaNya.
59. Negeri-negeri itu telah Kami binasakan, ketika mereka itu zalim dan Kami adakan untuk kebinasaan mereka itu waktu yang ditentukan.
60. Ketika Musa berkata kepada pemudanya : Aku akan terus berjalan, sehingga aku sampai dipertemuan dua laut atau aku teruskan perjalanan beberapa lamanya.
surat Al-Kahfi
Tuesday, January 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment