101. Orang-orang yang matanya tertutup peringatanKu, sedang mereka itu tiada sanggup mendengarkannya.
102. Adakah orang-orang kafir mengira, bahawa mereka mengangkat hamba-hambaKu jadi wali, selain daripadaKu ? Sesungguhnya Kami sediakan neraka jahanam untuk tempat tinggal orang-orang kafir itu.
103. Katakanlah : Mahukah Kami khabarkan kepadamu, tentang orang-orang yang amat merugi perbuatannya ?
104. Orang-orang yang telah sesat perbuatannya waktu hidup didunia, sedang mereka mengira, bahawa mereka mengerjakan pekerjaan itu sebaik-baiknya.
105. Mereka itulah orang-orang yang engkar akan tanda-tanda Tuhan dan akan menemuiNya, sebab itu hapuslah perbuatan mereka, dan tiada Kami adakan timbangan untuk mereka pada hari kiamat.
106. Itulah balasan mereka, neraka jahanam, sebab mereka kafir dan mengambil ayat-ayatku dan rasul-rasulku sebagai olok-olokkan.
107. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan yang baik-baik, untuk mereka syurga Firdaus sebagai tempat tinggalnya,
108. Sedang mereka itu kekal didalamnya, tiada mahu berpindah daripadanya.
109. Katakanlah : Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk perkataan Tuhanmu, niscaya keringlag air lautan itu, sebelum habis perkataan Tuhan, sekalipun Kami datangkan tinta sebanyak itu lagi sebagai tambahan.
110. Katakanlah : Sesungguhnya aku seorang manusia seumpama kamu, diwahyukan kepadaku, bahawa Tuhan kamu Tuhan yang Esa. Barang siapa mengharap akan menemui Tuhannya, hendaklah ia beramal dengan amalan salih dan janganlah ia mempersekutukan dalam menyembah Tuhannya dengan suatu apa-pun.
surat Al-Kahfi
Tuesday, January 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment