Tuesday, January 5, 2010

Kami Muliakan Bani Adam

61. Ketika kami berfirman kepada malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam ! Lalu merek sujud,kecuali Iblis. Ia berkata : Adakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau jadikan dari tanah ?

62. Ia berkata lagi : Khabarkanlah kepadaku tentang ini yang Engkau muliakan lebih daripadaku. Demi, jika Engkau berikan tempoh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya aku musnahkan anak-anak cucunya, kecuali sedikit sahaja.

63. Berfirman Allah : Pergilah engkau, barang siapa yang mengikut engkau diantara mereka, maka sesungguhnya neraka jahanamlah untuk balasanmu, sebagai balasan yang sempurna.

64. Gerakkanlah orang yang engkau kuasai diantara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikatilah mereka pada harta dan anak-anak dan janjikanlah kepada mereka. Tak adalah yang dijanjikan syaitan kepada mereka, melainkan tipuan.

65. Sesungguhnya hamba-hambaKu, tak ada bagi engkau kekuasaan atas mereka itu. Cukuplah Tuhanmu menjadi wakil.

66. Tuhanmu yang melayarkan kapal untuknu dilaut, supaya dapat kamu mencari kurniaNya. Sesungguhnya Dia Penyayang kepadamu.

67. Apabila kamu ditimpa kesusahan dilaut, lenyaplah siapa yang kamu sembah, kecuali Dia. Sesudah Dia menyelamatkan kamu sampai ke darat, kamu berpaling. Adalah manusia itu sangat ingkar.

68. Adakah kamu merasakan aman, jika Dia membenamkan bersama kamu sebahagian daratan atau mengirim kepadamu angin yang berbatu, kemudian kamu tiada memperoleh wakil untuk kamu.

69. Bahkan adakah kamu merasa aman, jika Allah mengembalikan kamu kelaut sekali lagi, kemudian Dia kirimkan angin taufan yang deras kepadamu sampai kamu ditenggelamkannya, disebabkan kamu ingkar kemudian kamu tiada memperoleh orang yang menuntut terhadap Kami.

70. Sesungguhnya telah Kami muliakan Bani Adam dan Kami angkut mereka dengan kenderaan di darat dan di laut serta Kami beri rezeki mereka dengan yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami jadikan dengan kelebihan.

surat Bani Israil/Al-Israak

No comments:

Post a Comment