41. Atau air sungai turun kebawah tanah, sehingga engkau tidak dapat mengambilnya.
42. Kemudian dimusnahkan buah-buahannya, lalu ia membalikkan kedua belah telapak tangannya, atas apa yang dibelanjakannya untuk kebun itu, sedang kebun itu telah gugur dengan atap-atapnya, lalu ia berkata : Aduhai kiranya !Tiadalah aku mempersekutukan Tuhanku dengan satu juapun.
43. Ia tiada dapat kaum yang menolonginya, selain daripada Allah, dan ia tiada mendapat pertolongan.
44. Disana pertolongan bagi Allah yang hak. Dia-lah memberi pahala yang terbaik dan akibat yang terbaik.
45. Tunjukkanlah kepada mereka umpama hidup didunia seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur dengan tumbuh-tumbuhan bumi, kemudian ia menjadi kering, diterbangkan oleh angin. Allah Mahakuasa atas tiap-tiap sesuatu.
46. Harta benda dan anak-anak adalah perhiasan hidup didunia, dan yang kekal lagi baik, lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu, dan lebih baik dicita-cita.
47. Pada hari Kami hancurkan gunung-gunung dan engkau lihat bumi menjadi kosong, lalu Kami himpunkan mereka itu, maka tiada Kami tinggalkan diantara mereka seorang juapun.
48. Kemudian mereka itu dihadapkan kehadirat Tuhanmu berbari-baris : Sesungguhnya telah kamu datang kepada Kami, sebagaimana Kami menjadikan kamu pada pertama kali, tetapi kamu sangka, bahawa Kami tiada akan mengadakan tempat perjanjian ini.
49. Diletakkan buku, maka engkau lihat orang-orang berdosa gementar ketakutan, kerana apa-apa didalam bukunya, lalu mereka berkata : Ah, amat celaka kami, mengapakah buku ini tiada meninggalkan yang kecil dan tiada pula yang besar, melainkan dihitung semuanya. Mereka memperoleh dihadapannya apa-apa yang telah dikerjakannya. Tuhanmu tiada aniaya kepada seorang juapun.
50. Ketika Kami berkata kepada malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam ! Lalu mereka sujud, kecuali Iblis ; ia daripada golongan jin, lalu ia menderhakai perintah Tuhannya. Adakah kamu angkat dia dan anak-cucunya menjadi wali, selain daripadaKu, sedang mereka itu musuhmu ? Amat jahat gantiKu bagi orang-orang yang zalim.
surat Al-Kahfi
Sunday, January 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment