71. Lalu keduanya berjalan. Sehingga apabila keduanya naik perahu, lalu ia mengorek perahu itu. Berkata Musa : Adakah engkau korek perahu ini, supaya engkau mengaramkan penumpangnya ? Sesungguhnya engkau memperbuat suatu yang besar.
72. Dia berkata : Bukankah sudah kukatakan, bahawa engkau takkan kuasa sabar bersamaku.
73. Berkata Musa : Janganlah engkau menyiksaku, kerana kelupaanku dan janganlah engkau memberatiku dengan kesukaran.
74. Lalu keduanya berjalan. Sehingga apabila keduanya menjumpai seorang anak muda, lalu dibunuhnya. Berkata Musa : Mengapa engkau bunuh seorang anak yang suci, tanpa berdosa ? Sesungguhnya engkau telah memperbuat suatu yang mungkar ?
75. Dia berkata : Bukankah telah kukatakan kepadamu, bahawa engkau takkan kuasa sabar bersamaku ?
76. Berkata Musa : Jika aku bertanya kepada engkau tentang sesuatu sesudah ini, janganlah engkau bersahabat denganku, sesungguhnya telah cukuplah engkau menerima keuzuran daripadaku.
77. Lalu keduanya berjalan . Sehingga, apabila keduanya sampai ke penduduk sebuah negeri, lalu keduanya minta makanan kepada penduduknya, tetapi mereka enggan menjamu keduanya. Kemudian keduanya mendapati dalam negeri itu sebuah dinding yang hendak roboh, lalu dibetulkannya. Berkata Musa : Jika engkau kehendaki, ambillah upah daripadanya.
78. Dia berkata : Inilah perceraian antaraku dengan engkau. Nanti akan kuberitakan kepadamu takwil apa yang engkau tak sabar atasnya.
79. Adapun perahu itu adalah kepunyaan anak-anak miskin, mereka bekerja ditengah laut, lalu aku hendak merosakkannya, kerana disana ada seorang raja yang merampas tiap-tiap perahu .
80. Adapun anak muda itu, kedua ibubapanya orang beriman, kami takut bahawa ia akan memaksa keduanya menjadi zalim dan kufur.
surat Al-Kahfi
Friday, January 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment