91. Atau ada bagi engkau sebidang kebun kurma dan anggur, lalu engkau pancar sungai disela-selanya sebenar-benarnya terpancar,
92. Atau engkau jatuhkan langit berpotong-potong sebagaimana engkau katakan kepada kami, atau engkau bawa Allah dan malaikat berhadapan dengan kami.
93. Atau ada bagi engkau sebuah rumah dari emas, atau engkau naik ke langit. Tetapi kami tiada akan percaya atas kenaikan engkau itu, kecuali jika engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. Katakanlah : Mahasuci Tuhanku, aku tidak lain , hanya manusia yang menjadi rasul.
94. Tak adalah yang menghalangi manusia hendak beriman, setelah datang kepada mereka petunjuk melainkan perkataan mereka : Adakah Allah mengutus manusia menjadi rasul ?
95. Katakanlah : Kalau sekiranya ada dimuka bumi malaikat-malaikat yang berjalan dengan tenteram, niscaya Kami turunkan kepada mereka dari langit seorang malaikat menjadi rasul.
96. Katakanlah : Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan antara kamu. Sesungguhnya Dia Mahamengetahui dan Mahamelihat akan hambaNya.
97. Barang siapa yang ditunjuki Allah, maka ia mendapat petunjuk dan barang siapa yang disesatkanNya, maka engkau tiada memperoleh wali untuk mereka, selain daripadaNya. Kami himpunkan mereka pada hari kiamat, atas mukanya, sedang mereka buta, bisu dan pekak. Tempat mereka dalam neraka jahanam. Tiap-tiap kurang nyala apinya, lalu Kami tambah, sampai bernyala-nyala.
98. Demikian itulah balasan untuk mereka, kerana mereka itu engkar akan ayat-ayat Kami, dan mereka berkata : Apabila kami menjadi tulang dan telah hancur, adakah boleh kami dibangkitkan menjadi makhluk yang baru ?
99. Tiadakah mereka memperhatikan, bahawa Allah yang menjadikan langit dan bumi, berkuasa buat menjadikan seumpama mereka dan mengadakan untuk mereka ajal yang tidak ada keraguan padanya. Tiap-tiap orang zalim enggan selain dari engkar.
100. Katakanlah : Kalau sekiranya kamu mempunyai perbendaharan rahmat Tuhanku, niscaya kamu menjadi bakhil, takut membelanjakannya. Adalah manusia itu bakhil.
surat Bani Israil/ Al-Israak
Saturday, January 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment