Thursday, February 4, 2010

Untuk Mereka Pujian Yang Baik Lagi Termasyhur

41. Perhatikanlah Ibrahim dalam kitab. Sesungguhnya dia seorang yang sangat benar dan seorang nabi.

42. Ketika ia berkata kepada bapanya : Ya bapaku, mengapa engkau sembah sesuatu yang tiada mendengar dan tiada pula melihat dan tiada bermanfaat kepada engkau sedikitpun ?

43. Ya bapaku, sesungguhnya aku telah diberi ilmu yang belum engkau ketahui, sebab itu ikutlah aku, niscaya kutunjuki engkau jalan yang lurus.

44. Ya bapaku, janganlah engkau sembah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu derhaka kepada Yang Mahapengasih.

45. Ya bapaku, sesungguhnya aku takut, bahawa engkau akan ditimpa siksaan dari yang Mahapengasih, lalu engkau menjadi wali bagi syiatan.

46. Berkata bapanya : Adakah engkau benci kepada Tuhan-Tuhanku, hai Ibrahim ? Demi, jika engkau tidak berhenti, niscaya kurejam engkau dengan batu, dan tinggallah aku dalam masa yang panjang.

47. Sahut Ibrahim : Salam untukmu. Nanti akan kumintakan ampun bagi engkau kepada Tuhanku, sesungguhnya Dia berbuat baik kepadaku.

48. Aku menghindarkan diri daripadamu dan apa yang kamu sembah, selain daripada Allah dan aku meminta kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak celaka dalam permintaanku kepada Tuhanku.

49. Tatkala Ibrahim meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, maka Kami anugerahi kepadanya Ishak dan Yaakub. Masing-masing Kami jadikan nabi.

50. Kami kurniakan kepada mereka rahmat Kami dan Kami adakan untuk mereka pujian yang baik lagi termasyhur.

surat Maryam

No comments:

Post a Comment