61. Syurga adnin yang dijanjikan oleh Yang Mahapengasih kepada hambaNya, dengan barang yang ghaib. Sungguh janjiNya akan datang.
62. Mereka tiada mendengarkan disana omong kosong, kecuali selamat. Untuk mereka ada rezeki didalamnya pada pagi dan petang.
63. Itulah syurga yang akan Kami wariskan kepada orang yang takwa diantara hamba-hamba Kami.
64. Tiadalah kami turun, melainkan dengan perintah Tuhanmu. KepunyaanNya apa-apa yang dihadapan kami dan apa-apa yang dibelakang kami dan apa-apa yang diantara keduanya dan bukanlah Tuhanmu lupa.
65. Tuhan langit dan bumi dan apa-apa yang diantara keduanya, sebab itu sembahlah Dia dan sabarlah untuk menyembahNya. Adakah engkau ketahui yang dinamai seumpama namanya ?
66. Berkata manusia : Apabila aku mati, adakah aku akan dikeluarkan hidup kembali ?
67. Tiadakah manusia ingat, bahawa Kami telah menjadikannya dahulu, sedang dia belum ada suatupun.
68. Demi Tuhanmu, sesungguhnya Kami akan menghimpunkan mereka bersama syaitan-syaitan, kemudian Kami hadirkan mereka di sekeliling neraka dengan berlutut.
69. Kemudian Kami tarik dari tiap-tiap golongan siapa diantara mereka yang amat derhaka kepada Yang Mahapengasih.
70. Kemudian Kami lebih mengetahui mereka yang lebih berhak masuk neraka.
surat Maryam
Tuesday, February 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment