Friday, September 18, 2009

Tiada Tertutup Oleh Debu Yang Hitam

21. Apabila Kami rasakan rahmat kepada manusia, sesudah mereka ditimpa kesusahan, lalu mereka memperdayakan ayat-ayat Kami. Katakanlah : Allah lebih cepat tipudayaNya. Sesunggunhya rasul-rasul Kami menuliskan apa-apa yang kamu perdayakan itu.

22. Dia memperjalankan kamu didarat dan dilaut, sehingga ketika kamu dalam kapal dan kapal itu berlayar dengan angin yang baik, sedang mereka bergembira, tiba-tiba bertiuplah angin taufan dan datanglah ombak dari tiap-tiap penjuru, sehingga mereka menduga, bahawa mereka akan ditimpa bahaya, mereka memohon kepada Allah, serta mengikhlaskan agama kepadaNya : Demi jika Engkau lepaskan kami daripada bahaya ini, niscaya kami berterima kasih.

23. Tatkala Allah melepaskan mereka, tiba-tiba mereka membuat bencana dimuka bumi tanpa kebenaran. Hai manusia, sesungguhnya bencana yang kamu lakukan itu atas dirimu sendiri. Itulah kesukaan hidup di dunia. Kemudian tempat kembalimu kepada Kami, lalu Kami khabarkan kepadamu apa-apa yang telah kamu kerjakan.

24. Hanya umpama hidup di dunia seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur dengan tumbuh-tumbuhan bumi, diantara makanan yang dimakan manusia dan binatang ternak. Sehingga apabila bumi itu telah sampai ke puncak keindahannya serta berhias dan penduduknya menduga, bahawa mereka dapat menguasainya datanglah perintah Kami waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan bumi itu, seperti bumi yang telah dipotong tanam-tanamannya, seolah-olah tak ada kelmarin itu. Demikianlah Kami terangkan beberapa ayat bagi kaum yang memikirkan.

25. Allah menyeru kepada kampung selamat dan menunjuki orang yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus.

26. Untuk orang-orang yang memperbuat kebajikan, ada kebajikan, serta tambahannya. Muka mereka tiada tertutup oleh debu yang hitam dan tiada pula oleh kehinaan. Mereka itu penghuni syurga serta kekal didalamnya.

27. Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, balasan kejahatan itu dengan yang seumpamanya, sedang mereka itu ditutupi oleh kehinaan. Tidak ada bagi mereka yang memeliharakan dari Allah. Seolah-olah muka mereka ditutupi oleh sebahagian malam yang gelap-gelita. Mereka itu penghuni neraka, serta kekal didalamnya.

28. Pada hari, Kami himpunkan mereka semuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang mempersekutukan Allah : Tinggallah kamu pada tempatmu bersama sekutu-sekutumu. Lalu Kami ceraikan antara mereka. Berkata sekutu-sekutu mereka : Kamu bukan menyembah kami.

29. Cukuplah Allah menjadi saksi antara kami dan antara kamu, sesungguhnya kami lalai dari persembahan kamu.

30. Di sana tiap-tiap diri manusia dicubai tentang apa-apa yang telah dikerjakannya dan mereka dikembalikan kepada Allah, wali mereka yang sebenarnya, dan lenyaplah dari mereka apa-apa yang mereka ada-adakan itu.

surat Yunus

No comments:

Post a Comment