Wednesday, September 2, 2009

Menjual Ayat2 Allah Dengan Wang Yang Sedikit

1. Peringatan daripada Allah dan rasulNya kepada orang-orang kafir yang telah berjanji kamu dengan mereka, diantara orang-orang musyrik.

2. Sebab itu berjalanlah kamu dimuka bumi empat bulan lamanya dan ketahuilah, bahawa kamu tiada dapat melemahkan Allah dan bahawa Allah menghinakan orang-orang kafir.

3. Pemberitahuan daripada Allah dan rasulNya kepada manusia, di waktu hari haji akhbar, bahawa Allah berlepas diri daripada orang-orang musyrik, begitu juga rasulNya. Jika kamu taubat adalah lebih baik bagimu dan jika kamu berpaling, ketahuilah, bahawa kamu tiada dapat melemahkan Allah. Berilah peringatan orang-orang kafir dengan siksaan yang pedih,

4. Kecuali orang-orang yang telah berjanji kamu dengan mereka diantara orang-orang musyrik, kemudian mereka tiada melanggar janjinya dengan kamu sedikitpun dan tiada pula menolong seorangpun musuhmu, sebab itu kamu sempurnakanlah janji mereka itu, hingga sampai waktunya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang takwa.

5. Maka apabila telah habis bulan suci, hendaklah perangi orang-orang musyrik dimana kamu jumpai dan hendaklah ambil mereka itu menjadi tawanan dan kepunglah mereka dan duduklah mengintip mereka pada tiap-tiap jalan yang dilaluinya. Jika mereka taubat dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat, maka bebaskanlah jalan mereka. Sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang.

6. Jika seseorang diantara orang-orang muyrik minta perlindungan kepadamu, hendaklah engkau perlindungi, sehingga ia mendengar perkataan Allah, kemudian sampaikanlah dia ke tempat keamanannya. Demikian itu, kerana mereka satu kaum yang tiada mengetahui.

7. Betapakah akan ada perjanjian bagi orang-orang musyrik disisi Allah dan disisi rasulnya, kecuali pada orang-orang yang telah berjanji kamu dengan mereka di masjidil-Haram. Maka selama mereka lurus terhadap kamu, hendaklah kamu lurus pula terhadap mereka. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang takwa.

8. Betapakah, jika mereka menang melawan kamu, mereka tiada memelihara sumpah-setia dan tiada pula perjanjian. Mereka suka kepadamu dengan mulutnya, sedang hatinya enggan dan kebanyakan mereka orang fasik.

9. Mereka menjual ayat-ayat Allah dengan wang yang sedikit, lalu mereka menghalangi jalan Allah. Sesungguhnya amat jahat apa yang mereka kerjakan.

10. Tiada memelihara sumpah-setia dan tiada pula perjanjian terhadap orang mukmin. Mereka itu orang yang melampaui batas.

surat At-Taubah

No comments:

Post a Comment