Monday, September 14, 2009

Allah Membeli Diri Dan Harta Orang2 Mukmin

111. Sesungguhnya Allah membeli diri dan harta orang-orang yang beriman, bahawa untuk mereka itu syurga. Mereka berperang dijalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar bagi Allah dalam Taurat, Injil dan Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah ? Sebab itu bergembiralah kamu dengan penjualan yang kamu jual itu. Demikian itulah kemenangan yang besar.

112. Mereka orang-orang yang taubat, yang beribadat, yang memuji, yang berpuasa, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh dengan makruf dan melarang yang mungkar, lagi memelihara batas-batas Allah. Berilah khabar gembira orang-orang yang beriman itu.

113. Tiada patut bagi nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampunkan untuk orang-orang muyrik, meskipun mereka berkarib, setelah terang bagi mereka, bahawa orang-orang musyrik itu penghuni neraka.

114. Tidak adalah permintaan ampun Ibrahim untuk bapanya, melainkan kerana janji yang telah dijanjikan kepadanya. Tetapi setelah nyata baginya, bahawa bapanya itu musuh Allah, lalu dia berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim itu banyak mengeluh lagi penyantun.

115. Bukan Allah hendak menyesatkan satu kaum, sesudah diberiNya petunjuk, sehingga diterangkanNya kepada mereka apa-apa yang wajib dijaganya. Sesungguhnya Allah Mahamengetahui tiap-tiap sesuatu.

116. Sesungguhnya kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan. Dan tidak ada bagimu wali dan penolong selain daripada Allah.

117. Sesungguhnya Allah telah menerima taubat nabi dan orang-orang Muhajirin dan Anshar, yang mengikutnya diwaktu kesusahan, setelah hampir tergelincir hati satu golongan diantara mereka, kemudian Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Dia penuh kasihan dan penyayang kepada mereka.

118. Tiga orang yang tinggal, sehingga ketika telah sempit bumi yang luas bagi mereka dan telah sempit pula bagi diri mereka sendiri, lalu menyangka, bahawa tiada tempat berlindung dari Allah selain kepadaNya. Kemudian Allah menerima taubat mereka, supaya mereka bertaubat. Sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Penyayang.

119. Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.

120. Tidak patut bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang dikelilingnya, diantara orang-orang Arab Badwi, bahawa mereka tinggal dibelakang rasul Allah dan tiada pula patut, bahawa mereka sayang kepada diri mereka daripada rasul itu. Demikian itu, disebabkan mereka, tiada ditimpa haus, tiada payah dan tiada pula kelaparan dijalan Allah dan tiada menginjak suatu tempat yang menimbulkan amarah orang-orang kafir dan tiada pula menderita sesuatu penderitaan dari musuh, melainkan semuanya itu dituliskan untuk mereka menjadi amal yang salih. Sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebajikan.

Surat At-Taubah

No comments:

Post a Comment