Thursday, September 24, 2009

Musnahkanlah Harta Benda Mereka

81. Tatkala mereka lemparkan, Musa berkata : Yang kamu bawa ini ialah sihir. Sesungguhnya Allah akan membinasakannya. Sungguh Allah tiada memperbaiki pekerjaan orang-orang yang berbuat bencana.

82. Allah telah menetapkan kebenaran dengan kalimatNya, meskipun benci orang-orang yang berdosa.

83. Maka tiadalah yang beriman kepada Musa, selain dari anak-anak kaumnya yang dalam ketakutan daripada Firaun dan pembesar-pembesarnya kalau-kalau kena cubaan mereka. Sesungguhnya Firaun amat sombong dimuka bumi dan sungguh ia termasuk orang-orang yang berlebih-lebihan.

84. Berkata Musa : Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, hendaklah kamu bertawakal kepadaNya, jika kamu orang Islam.

85. Sahut mereka itu : Kami telah bertawakal kepada Allah, ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami mendapat fitnah dari kaum yang zalim.

86. Dan lepaskanlah kami dengan rahmatMu dari kaum yang kafir.

87. Telah Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya : Hendaklah kamu ambil beberapa buah rumah di Mesir, untuk kaummu dan hendaklah kamu jadikan rumah itu sebagai kiblat dan dirikan solat, serta berilah khabar gembira orang-orang yang beriman.

88. Berkata Musa : Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah memberikan perhiasan dan harta benda kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya waktu hidup di dunia - ya Tuhan kami - , mereka hendak menyesatkan orang dari jalan Engkau, ya Tuhan kami, musnahkanlah harta benda mereka dan kukuhkanlah cap hati mereka, maka mereka tiada beriman, sehingga mereka melihat siksaan yang pedih.

89. Firman Allah : Sesungguhnya telah diperkenankan permintaanmu berdua, sebab itu tetaplah dan jangan turut jalan orang-orang yang tiada berilmu.

90. Telah Kami selamatkan Bani Israil menyeberangi laut, lalu Firaun serta bala tenteranya, mengikut mereka, kerana zalim dan melanggar batas. Sehingga apabila ia akan tenggelam, lalu berkata : Saya percaya, bahawa tiada Tuhan, melainkan yang dipercayai Bani Israil dan saya termasuk orang-orang Islam.

surat Yunus

No comments:

Post a Comment