Monday, September 28, 2009

Sepuluh Surat Seumpama Quran dari Ciptaanmu

11. Kecuali orang-orang yang sabar dan beramal salih. Untuk mereka itu ampunan dan pahala yang besar.

12. Barangkali engkau meninggalkan sebahagian yang diwahyukan kepadamu dan sesak dadamu, kerana mereka berkata : Mengapa tiada diturunkan kepadanya harta benda atau datang bersamanya malaikat ? Sesungguhnya engkau hanya memberi peringatan. Allah menjadi wakil atas tiap-tiap sesuatu.

13. Bahkan adakah mereka berkata : Dia mengada-adakan Quran. Katakanlah : Cubalah kamu tunjukkan sepuluh surat seumpama Quran itu dari ciptaan kamu dan panggillah orang yang sanggup mengadakannya, selain daripada Allah, jika kamu orang yang benar.

14. Jika mereka itu tiada memperkenankan permintaan kamu, maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya Quran itu diturunkan dengan pengetahuan Allah, dan bahawa tiada Tuhan kecuali Dia. Adakah kamu orang muslimin ?

15. Barang siapa menghendaki hidup di dunia dan perhiasannya, Kami sempurnakan pekerjaannya di dunia, sedang mereka tiada dirugikan.

16. Tetapi tidak ada bagi mereka di akhirat, melainkan neraka. Dan hapuslah apa-apa yang mereka perbuat di dunia, dan binasalah apa-apa yang mereka amalkan.

17. Adakah orang yang mendapat keterangan daripada Tuhannya dan diikuti oleh saksi dari Allah dan sebelumnya ada kitab Musa menjadi ikutan dan rahmat . Mereka itu beriman kepadanya. Barang siapa yang ingkar akan dia, diantara beberapa golongan, maka nerakalah tempatnya. Sebab itu janganlah engkau dalam keraguan tentang Quran, sesungguhnya Quran itu sebenarnya daripada Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tiada mahu beriman.

18. Siapakah yang lebih zalim dari orang yang mengadakan dusta terhadap Allah ? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka dan saksi-saksi berkata : Mereka ini berdusta terhadap Tuhannya. Ingatlah, bahawa kutuk Allah atas orang-orang yang zalim.

19. Orang-orang yang menghalang jalan Allah dan menghendaki, supaya jalan itu bengkok, sedang mereka itu ingkar akan akhirat.

20. Mereka tiada sanggup mengalahkan Allah dimuka bumi dan tidak ada bagi mereka wali-wali, selain darpada Allah. Dilipatkan gandakan siksaan bagi mereka. Mereka tiada sanggup mendengar dan tiada pula melihatnya.

surat Hud

No comments:

Post a Comment