Wednesday, September 30, 2009

Bawalah Kedalam Perahu Tiap-tiap Pasangan

31. Aku tiada mengatakan kepadamu : Disisiku ada gedung perbendaharaan
Allah dan aku tiada mengetahui yang ghaib dan aku tidak mengtakan, bahawa aku malaikat dan aku tiada mengatakan kepada orang-orang yang kamu pandan hina, bahawa Allah tiada akan mendatangkan kebajikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui apa yang dalam hati mereka, niscaya aku termasuk orang-orang yang zalim.

32. Berkata mereka : Hai Nuh, sungguh engkau membantah kami, banyak benar bantahan engkau terhadap kami, sebab itu cubalah engkau datangkan kepada kami siksaan yang engkau janjikan kepada kami, jika engkau orang yang benar.

33. Sahut Nuh : Hanya Allah mendatangkannya kepada kamu, jika dikehendakiNya, dan kamu tiada dapat menolakkannya.

34. Tiada berguna nasihatku kepadamu, jika aku hendak memberi nasihat kepadamu, jika Allah hendak menyesatkanmu. Dia Tuhanmu dan kepadaNya kamu dikembalikan.

35. Bahkan adakah mereka mengatakan : Dia mengada-adakan Quran ? Katakanlah : Jika aku mengada-adakannya, maka diataskulah dosaku dan aku berlepas diri daripada dosamu.

36. Telah diwahyukan kepada Nuh, bahawa tiada akan beriman diantara kaummu, kecuali orang yang telah beriman itu, sebab itu janganlah engkau berduka cita, kerana apa yang mereka perbuat.

37. Hendaklah engkau buat perahu dengan penjagaan dan wahyu Kami dan janganlah engkau bicarakan kepadaKu tentang orang-orang zalim, sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.

38. Lalu Nuh memperbuat perahu. Tatkala liwat satu golongan diantara kaumnya, mereka itu memperolok-olokkannya. Lalu Nuh berkata : Jika kamu memperolok-olokan kami, kami akan memperolok-olokan kamu, sebagaimana kamu memperolok-olokan.

39. Maka nanti kamu akan tahu, siapa akan mendapat siksaan yang akan menghinakanya dan ditimpa siksaan yang tetap.

40. Hatta apabila datang perintah Kami, dan telah terbit air taufan dari tungku, lalu Kami berfirman : Bawalah kedalam perahu tiap-tiap pasang-pasang dua bersama keluargamu, kecuali orang yang telah terdahulu kalimat terhadapnya dan orang yang beriman. Dan tiadalah yang beriman bersamanya, melainkan sedikit sahaja.

surat Hud

No comments:

Post a Comment