Sunday, September 20, 2009

Melainkan Sesaat Siang Sahaja

41. Jika mereka mendustakan engkau, hendaklah engkau katakan : Bagiku amalanku dan bagi kamu amalan kamu. Kamu berlepas diri dari apa yang aku amalkan dan aku berlepas diri pula dari apa yang kamu amalkan.

42. Diantara mereka ada yang datang mendengarkan engkau. Sanggupkah engkau mendengarkannya kepada orang yang tuli, dan jika mereka tiada memikirkannya ?

43. Diantara mereka ada orang yang memandang kepada engkau. Mungkinkah engkau menunjuki orang yang buta, dan jika mereka tiada melihat ?

44. Sesungguhnya Allah tiada menzalimi manusia sedikitpun, tetapi manusia sendiri menzalimi dirinya.

45. Pada hari Allah menghimpunkan mereka, seolah-olah mereka tiada berdiam, melainkan sesaat siang sahaja, sedang mereka berkenal-kenalan sesamanya. Sungguh merugi orang-orang yang mendustakan menemui Allah dan mereka tiada mendapat petunjuk.

46. Jika Kami perlihatkan kepada engkau, sebahagian yang Kami janjikan kepada mereka, atau Kami wafatkan engkau lebih dahulu, maka kepada Kami mereka kembali, kemudian Allah menjadi saksi atas apa-apa yang mereka perbuat.

47. Bagi tiap-tiap umat ada seorang rasul, apabila datang rasul mereka, lalu dihukum antara mereka dengan keadilan, sedang mereka tiada teraniaya.

48. Mereka berkata : Bilakah janji ini, jika kamu orang yang benar ?

49. Katakanlah : Aku tiada berkuasa menolak kemelaratan dari diriku dan tiada pula mendapat kemanfaatan, kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada ajal. Apabila datang ajal mereka, maka tiada terlambat sesaat pun dan tiada pula terdahulu.

50. Katakanlah : Adakah kamu fikirkan, jika datang siksaan Allah menimpamu waktu malam atau siang, apakah sebenarnya orang-orang yang berdosa itu minta segerakan siksaan itu ?

surat Yunus

No comments:

Post a Comment