101. Diantara orang yang dikelilingmu, diantara orang-orang Badwi ada orang-orang munafik ; begitu juga diantara penduduk kota. Mereka tetap atas kemunafikannya. Engkau tiada mengetahui mereka , tetapi Kami mengetahuinya. Nanti Kami akan siksa mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan ke dalam siksaan yang besar.
102. Orang-orang yang lain telah mengakui dosanya, mereka mencampurkan amal kebajikan dengan yang lain, kejahatan. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Pengamun lagi Penyayang.
103. Ambillah sedekah dari harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan mereka. Allah Mahamendengar lagi Mahamengetahui.
104. Tiadakah mereka tahu, bahawa Allah menerima taubat dari hambaNya dan menerima beberapa sedekah ? Sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Penyayang.
105. Katakanlah : Bekerjalah kamu. Nanti Allah akan melihat pekerjaanmu, serta rasulNya dan orang-orang mukmin. Nanti kamu akan dikembalikan kepada Yang mengetahui yang ghaib dan yang hadir, lalu dikhabarkanNya kepadamu apa-apa yang telah kamu kerjakan.
106. Orang-orang yang lain diundurkan kepada perintah Allah, adakalanya Allah menyiksa mereka dan adakalanya menerima taubatnya. Allah Mahamengetahui lagi Mahabijaksana.
107. Orang-orang yang perbuat masjid untuk memberi melarat dan kufur, lagi memecah-belah antara orang-orang yang beriman dan untuk mengintip bagi orang yang memerangi Allah dan rasulNya dari dahulu, mereka bersumpah : Bukanlah kami menghendaki, selain kebaikan. Allah mengetahui, bahawa mereka itu orang yang dusta.
108. Janganlah engkau mendirikan solat dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang berasaskan takwa dari permulaan hari berdirinya, lebih baik engkau mendirikan solat didalamnya. Dalam masjid itu ada beberapa orang laki-laki yang suka menyucikan dirinya. Dan Allah mengasihi orang-orang yang bersuci.
109. Manakah yang lebih baik, orang yang mengasaskan pembangunan masjidnya atas takwa kepada Allah dan keredaanNya, atau orang yang mengasaskan pembangunan masjidnya diatas tepi jurang yang hampir runtuh, lalu ia jatuh bersama-sama bangunannya itu kedalam neraka jahannam ? Allah tiada menunjuki kaum yang zalim.
110. Sentiasa bangunan yang mereka bangunkan itu menjadi keraguan dalam hatinya, kecuali jika telah putus jantung hati mereka. Allah Mahamengetahui lagi Mahabijaksana.
surat At-Taubah
Sunday, September 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment