21. Mereka itu orang yang merugikan dirinya dan lenyaplah dari mereka apa-apa yang mereka ada-adakan.
22. Tidak dapat tidak mereka amat merugi di akhirat.
23. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih dan tenteram hati mereka terhadap Tuhannya, mereka itu penghuni syurga, serta kekal didalamnya.
24. Umpama dua golongan, seperti orang buta lagi tuli, dengan orang melihat lagi mendengar. Adakah kedua perumpamaan itu serupa ? Tiadakah kamu mendapat peringatan ?
25. Sesungguhnya telah Kami utus Nuh kepada kaumnya : Sesungguhnya aku memberi peringatan yang nyata kepadamu,
26. Janganlah kamu sembah kecuali Allah. Sesungguhnya aku takut, kalau kamu ditimpa siksa hari yang pedih.
27. Berkata orang-orang bangsawan yang kafir diantara kaumnya : Kami tiada melihat engkau, melainkan seorang manusia seumpama kami dan kami tiada melihat orang yang mengikut engkau, melainkan orang-orang yang hina diantara kami, pendek fikirannya, dan kami tiada melihat kamu mempunyai kelebihan di atas kami, tetapi kami mengira, bahawa kamu orang yang berbohong.
28. Berkata Nuh : Hai kaumku, adakah kamu fikirkan, jika aku mendapat keterangan dari Tuhanku dan dianugerahiNya aku rahmat dari sisiNya, lalu tersembunyi demikian itu atas kamu. Adakah kami memaksa kamu menerimanya, sedang kamu benci kepadanya ?
29. Hai kaumku, aku tiada minta harta kepadamu atas urusan ini. Tidak ada upahku, melainkan daripada Allah, dan aku tiada akan mengusir orang-orang yang beriman. Sesungguhnya mereka menemui Tuhannya, tetapi aku melihatmu kaum yang jahil.
30. Hai kaumku, siapakah yang menolongku, daripada Allah, jika kuusir mereka itu ? Tiadakah kamu mendapat peringatan ?
surat Hud
Tuesday, September 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment