91. Tiada berdosa orang-orang yang lemah dan tiada pula orang-orang sakit dan tiada pula orang-orang yang tiada mempunyai belanja, apabila mereka memberi nasihat bagi Allah dan rasulNya. Tidak ada jalan untuk orang-orang yang berbuat baik. Allah Pengampun lagi Penyayang.
92. Dan tiada pula berdosa orang-orang yang datang kepadamu, supaya engkau membawa mereka, lalu engkau berkata kepadanya : Aku tiada memperoleh belanja untuk membawa kamu, lalu mereka berpaling, sedang air mata mereka bercucuran, kerana berdukacita, disebabkan mereka tiada memperoleh belanja.
93. Hanya ada jalan untuk orang-orang yang minta izin kepadamu, sedang mereka itu orang hartawan, tetapi mereka suka tinggal bersama perempuan-perempuan yang tinggal, dan Allah mencap hati mereka itu, sedang mereka tiada mengetahui.
94. Mereka meminta uzur kepadamu, bila kamu kembali kepada mereka. Katakanlah : Janganlah kamu minta uzur, kami sesekali tiada percaya kepadamu, sesungguhnya Allah telah memberitakan kepada kami tentang perkhabaranmu. Allah akan melihat pekerjaanmu, bersama rasulNya ; kemudian kamu dikembalikan kepada yang mengetahui yang ghaib dan yang hadir, lalu mengabarkan kepadamu apa-apa yang kamu kerjakan.
95. Mereka akan bersumpah dengan Allah, terhadapmu, bila kamu kembali kepada mereka, supaya kamu berpaling daripada mereka, sesungguhnya mereka itu keji dan tempat mereka dalam neraka jahannam, sebagai balasan apa-apa yang telah mereka usahakan.
96. Mereka bersumpah terhadapmu, supaya kamu suka kepada mereka. Jika kamu suka kepada mereka sesungguhnya Allah tiada suka kepada kaum yang fasik itu.
97. Orang-orang Arab Badwi lebih sangat kekafiran dan kemunafikannya dan lebih patut, bahawa mereka tiada mengetahui peraturan yang diturunkan Allah kepada rasulNya. Allah Mahamengetahui lagi Mahabijaksana.
98. Diantara orang Arab Badwi, ada orang yang memandang nafkah yang diberikannya sebagai satu kerugian ; dan dia menantikan giliran jahat menimpamu. Bahkan diatas mereka itulah giliran yang jahat. Allah Mahamendengar, lagi Mahamengetahui.
99. Diantara orang-orang Arab Badwi, ada yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian, serta menafkahkan hartanya untuk menghampirkan diri kepada Allah dan doa rasulNya. Ingatlah, sesungguhnya nafkah itu untuk menghampir diri bagi mereka. Nanti Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya. Sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang.
100. Orang-orang dahulu yang pertama diantara orang-orang Muhajirun dan Anshar, serta orang-orang mengikut mereka dengan kebajikan, maka Allah suka kepada mereka dan mereka suka kepada Allah dan Allah menyediakan untuk mereka syurga yang mengalir air sungai dibawahnya , sedang mereka kekal dialamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.
surat At-Taubah
Saturday, September 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment