121. Begitu pula mereka tiada menafkahkan sesuatu nafkah, kecil atau besar dan tiada pula menjalani suatu lembah, melainkan dituliskan pahala untuk mereka, supaya Allah membalasi mereka dengan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.
122. Tiada patut orang-orang yang beriman keluar semuanya. Mengapakah tiada keluar sebahagian diantara tiap-tiap golongan mereka, supaya mereka yang tinggal memahami agama dan memberi peringatan kepada kaumnya, bila mereka kembali kepadanya, mudah-mudahan mereka itu waspada.
123. Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang yang dikeliling kamu diantara orang-orang kafir dan hendaklah mereka mendapati kekerasan pada dirimu. Ketahuilah, bahawa Allah bersama orang-orang yang takwa.
124. Apabila diturunkan satu ayat, maka diantara mereka ada yang berkata : Manakah ayat yang menambah keimananmu ? Adapun orang-orang yang beriman, makin bertambah keimanannya, sedang mereka itu bergembira.
125. Adapun orang-orang yang dalam hatinya penyakit, maka bertambahlah kekotorannya kepada kekafiran dan mereka mati, sedang mereka orang kafir.
126. Tiadakah mereka tahu, bahawa mereka dicubai tiap tahun, sekali atau dua kali, kemudian mereka tiada taubat dan tiada pula mengambil peringatan.
127. Apabila diturunkan satu surat, lalu setengah mereka memandang kepada yang lain, : Adakah seseorang melihat kamu ? Kemudian mereka berpaling. Allah memalingkan hati mereka, kerana mereka kaum yang tiada mengerti.
128. Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari bangsamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu serta harap akan keimananmu, lagi sangat kasihan dan penyayang kepada orang-orang yang beriman.
129. Jika mereka berpaling hendaklah engkau katakan : Yang mencukupiku hanya Allah, tiada Tuhan kecuali Dia. Kepadanya aku bertawakal dan Dia Tuhan Arasy yang besar.
surat At-taubah
Tuesday, September 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment