Tuesday, October 13, 2009

Ya Tuhanku, Penjara Itu Lebih Kucintai

31. Tatkala perempuan itu mendengar umpat mereka, lalu diundangnya mereka itu, serta disediakannya tempat bersandar, masing-masing mereka diberi pisau, lalu dia berkata : Keluarlah engkau menemui perempuan-perempuan itu ! Tatkala mereka melihatnya, lalu mereka membesarkannya, sehingga terpotong tangan mereka,lalu mereka berkata : Mahasuci Allah, ini bukan manusia. Ini tidak lain, hanya malaikat yang mulia.

32. Berkata perempuan itu : Itukah yang kamu ceritakan kepadaku, tentang aku mencintainya. Sesungguhnya aku mengajaknya, tetapi dia enggan. Demi, jika dia tiada membuat apa yang kuperintahkan kepadanya, niscaya dia akan dipenjarakan, sehingga dia menjadi orang hina.

33. Berkata Yusuf : Ya, Tuhanku, penjara itu lebih kucintai dari apa yang mereka serukan kepadaku. Jika Engkau tiada menghindarkan daripadaku tipudaya mereka, niscaya cenderunglah hatiku kepada mereka, dan aku termasuk orang-orang yang jahil.

34. Tuhan memperkenankan doanya, lalu Allah menghindarkan tipudaya mereka daripadanya. Sesungguhnya Allah Mahamendengar lagi Mahamengetahui.

35. Kemudian teranglah bagi mereka, sesudah melihat tanda-tanda, tetapi mereka penjarakan juga Yusuf, hingga beberapa waktu.

36. Bersama Yusuf telah masuk dua orang pemuda ke dalam penjara. Berkata salah seorang diantara keduanya : Saya melihat dalam mimpi, bahawa saya memerah anggur menjadi arak. Berkata pula yang lain : Saya melihat dalam mimpi, bahawa saya menjunjung roti diatas kepala saya, tiba-tiba roti itu dimakan burung. Cubalah engkau khabarkan kepada kami apa takwilnya. Sesungguhnya kami melihat engkau seorang yang berbuat kebaikan.

37. Berkata Yusuf : Tiada akan datang kepadamu makanan yang diberikan kepadamu, melainkan aku terangkan kepadamu takwilnya, sebelum ia datang kepadamu. Demikian itu sebahagian yang telah diajarkan Tuhan kepadaku. Sesungguhnya aku meninggalkan agama kaum yang tiada percaya kepada Allah, sedang mereka itu kafir kepada akhirat.

38. Aku ikut agama bapa-bapaku, Ibrahim, Ishak dan Yaakub. Tiada sepatutnya kami mempersekutukan Allah dengan suatu juapun. Demikian itu kurnia Allah kepada kami dan kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tiada mahu berterima kasih.

39. Hai dua orang sahabatku dalam penjara : Adakah Tuhan-Tuhan yang bercerai-berai , lebih baik atau Allah yang Mahaesa lagi berkuasa ?

40. Kamu tiada menyembah, selain daripada Allah, melainkan nama-nama yang kamu sahaja, kamu dan bapa-bapamu, sedang Allah tiada menurunkan keterangan kepadanya. Hukum itu tidak lain hanya, bagi Allah. Dia menyuruh, supaya kamu jangan menyembah, melainkan kepadaNya. Demikian itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.

surat Yusuf

No comments:

Post a Comment