Wednesday, October 14, 2009

Tujuh Ekor Lembu Yang Gemuk

41. Hai dua orang sahabatku dalam penjara : Adapun salah seorang kamu, lalu memberi minuman arak kepada tuannya. Adapun yang lain akan disalib, lalu sebahagian kepalanya dimakan burung. Telah terbayarlah soal yang kamu tanyakan kepadaku.

42. Kemudian Yusuf berkata kepada orang yang telah disangkanya, bahawa dia akan bebas : Ingatkanlah aku kepada tuanmu. Tetapi syaitan melupakannya untuk mengingatkan kepada tuannya, sehingga Yusuf tinggal dalam penjara beberapa tahun.

43. Berkata raja : Sesungguhnya aku lihat dalam mimpiku, tujuh ekor lembu yang gemuk, dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, tujuh tangkai yang menghijau, dan lain mersik. Hai Pembesar-Pembesar ! Cubalah kamu terangkan kepadaku takwil mimpiku itu, jika kamu pandai mentaabirkan mimpi.

44. Sahut mereka itu : Itulah angan-angan mimpi dan kami tiada tahu mentakwilkan mimpi itu.

45. Berkata yang telah bebas, dia teringat sesudah sejenak : Saya akan mengabarkan kepadamu takwil mimpi raja, sebab itu utuslah saya.

46. Yusuf, hai orang yang benar ! Terangkanlah kepada kami : Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai gandum yang hijau dan yang lain, kering, mudah-mudahan saya kembali mendapat manusia, mudah-mudahan mereka mengetahui takwilnya.

47. Berkata Yusuf : Kamu bercucuk tanam tujuh tahun , sebagaimana biasa. Seberapa yang telah kamu potong hendaklah simpan bersama tangkainya, kecuali sedikit untuk kamu makan.

48. Kemudian datang sesudah itu tujuh tahun kemarau, sehingga menelan apa yang telah kamu simpan itu, kecuali sedikit yang kamu simpan.

49. Kemudian akan datang sesudah itu tahun, dalam tahun itu dihujani manusia dan waktu itulah mereka memeras anggur.

50. Berkata raja : Bawalah Yusuf itu ke mari ! Setelah datang Pesuruh kepada Yusuf , dia berkata : Kembalilah engkau kepada tuan engkau dan tanyakan kepadanya bagaimana halnya perempuan-perempuan yang telah memotong tanganya. Sesungguhnya Tuhanku Mahamengetahui tipudaya mereka.

surat Yusuf

No comments:

Post a Comment