Sunday, October 4, 2009

Adakah Kau Takjub Tentang Perintah Allah ?

71. Sedang perempuan Ibrahim berdiri, lalu ia tertawa. Lalu Kami memberi khabar gembira kepadanya, dengan Ishak dan kemudian Ishak itu Yaakub.

72. Berkata ia : Ya , hairan ! Dapatkah aku melahirkan anak, sedang aku telah tua dan suamiku ini tua pula, sungguh ini suatu yang ajaib.

73. Sahut mereka itu : Adakah kau takjub tentang perintah Allah ? Rahmat Allah dan berkatNya atas kamu, hai ahli rumah. Sesungguhnya Tuhan itu Mahaterpuji dan Mahamulia.

74. Tatkala hilang ketakutan dari Ibrahim dan telah datang khabar gembira kepadanya, lalu ia membantah Kami tentang kaum Luth.

75. Sesungguhnya Ibrahim amat penyantun, banyak mengeluh, lagi kembali kepada Allah.

76. Hai Ibrahim ! Berhentilah daripada ini. Sesungguhnya telah datang siksaan Tuhanmu dan mereka mesti ditimpa siksaan yang tiada dapat ditolak.

77. Tatkala datang utusan Kami kepada Luth, lalu Luth merasa tidak senang terhadap mereka dan sempit dadanya, dan ia berkata : Inilah hari yang amat sulit.

78. Datang kepadanya, kaumnya dengan bersegera. Sebelum itu mereka telah memperbuat kejahatan. Berkata luth : Hai kaumku, mereka ini anak perempuanku, mereka lebih suci untuk kamu, sebab itu takutlah kamu kepada Allah dan janganlah memberi malu terhadap tetamuku. Apa tidak adakah diantaramu laki-laki yang cerdik ?

79. Sahut mereka itu : Sesungguhnya engkau telah tahu, bahawa kami tiada berhajat kepada anak-anak perempuanmu dan engkau mengetahui apa yang kami kehendaki,

80. Berkata Luth : Jika ada kekuatan bagiku melawan kamu, atau aku berlindung kepada orang yang kuat,

surat Hud

No comments:

Post a Comment