Sunday, October 18, 2009

Wang Harga Gandum Ke Dalam Karung

61. Sahut mereka itu : Nanti akan kami mintakan kepada bapanya dan sungguh kami akan memperbuatnya.

62. Berkata Yusuf kepada pemudanya : Hendaklah kamu letakkan wang harga gandum itu ke dalam karung mereka ; moga-moga mereka akan mengetahuinya, bila mereka kembali kepada keluarganya , mudah-mudahan mereka kembali lagi kemari.

63. Setelah mereka itu kembali kepada bapanya, mereka berkata : Hai bapa kami ! Kita dilarang menukar lagi, sebab itu biarlah saudara kami, pergi bersama kami, supaya kami dapat menukar, sesungguhnya kami akan memeliharakannya.

64. Sahut bapanya : Tiada aku percayakan kepada saudaramu itu, melainkan sebagaimana aku telah mempercayakan kepadamu saudaranya dahulu. Maka Allah sebaik-baiknya yang memelihara dan Dia lebih penyayang dari segala yang penyayang.

65. Tatkala mereka membuka barang yang dibelikannya, mereka dapati wang penukarnya dikembalikan kepada mereka . Lalu mereka berkata : Hai bapa kami ! Apakah yang akan kami tuntut sesudah ini ? Ini matawang kita dikembalikannya kepada kami, dan kami beri makan keluarga kami, dan kami jaga saudara kami dan kami minta tambah sekadar muatan unta ; kerana semuatan itu mudah.

66. Berkata Yaakub : Sekali-kali aku tiada mahu melepaskan saudaramu bersama kamu,kecuali kamu adakan perjanjian dengan nama Allah, bahawa kamu akan membawanya kembali kepadaku, kecuali jika kamu mendapat bahaya. Setelah mereka mengadakan perjanjian, bapanya berkata : Allah menjadi wakil atas apa yang kita perkatakan ini.

67. Berkata Yaakub : Hai anak-anakku ! Janganlah kamu masuk dari sebuah pintu, dan hendaklah masuk dari beberapa pintu yang bercerai-cerai. Aku tiada dapat mempertahankan kamu dari Allah sedikitpun. Hukum itu tidak ada, melainkan bagi Allah. KepadaNya aku bertawakal dan hendaklah bertawakal kepadaNya orang-orang yang tawakal.

68. Tatkala mereka itu masuk menurut yang diperintahkan bapanya, sedang bapanya tiada dapat menolakkan keputusan Allah dari mereka sedikitpun, tetapi kerana suatu hajat dalam hati Yaakub yang disampaikannya. Sesungguhnya dia mempunyai pengetahuan, kerana Kami telah mengajarkan kepadanya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.

69. Tatkala mereka itu masuk kepada Yusuf, lalu Yusuf menempatkan saudaranya ditempat tinggalnya, katanya : Sesungguhnya aku ini saudara kandungmu, sebab itu janganlah engkau berdukacita, disebabkan perbuatan mereka itu.

70. Setelah Yusuf menyiapkan perbekalan mereka itu, dimasukkannya piala kedalam kenderaan saudaranya, kemudian menyeru seorang yang menyeru : Hai kafilah ! Sesungguhnya kamu orang mencuri.

surat Yusuf

No comments:

Post a Comment