81. Mereka itu berkata : Hai Luth , sesungguhnya kami utusan Tuhanmu, mereka tiada akan sampai kepada engkau, sebab itu hendaklah engkau berjalan serta kelaurga engkau di waktu malam dan janganlah menoleh seorang jua pun diantaramu ke belakang. Kecuali perempuanmu. Sesungguhnya bahaya akan menimpanya, seperti yang menimpa mereka. Sesungguhnya bahaya itu akan tiba waktu subuh. Bukankah waktu subuh itu amat dekat ?
82. Tatkala datang perintah Kami, Kami jadikan tanah tingginya menjadi rendah dan Kami jatuhkan atas mereka hujan batu dari tanah yang keras dengan berturut-turut.
83. Lagi diberi tanda disisi Tuhanmu. Siksaan itu tiada jauh daripada orang-orang yang zalim.
84. Ke madyan seorang saudaranya, Syuaib. Ia berkata : Hai kaumku ! Sembahlah Allah, tidak ada bagimu Tuhan, selain daripadaNya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu dalam kebaikan dan aku takut terhadap kamu akan siksaan hari yang meliputi kamu.
85. Hai kaumku ! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan keadilan dan janganlah kamu kurangkan hak orang sedikit juapun dan jangan pula berbuat bencana dimuka bumi sebagai orang-orang perosak.
86. Yang tinggal lebih baik bagimu, jika kamu orang beriman, dan aku bukanlah orang yang memeliharakanmu.
87. Mereka berkata : Hai Syuaib ! Adakah sembahyangmu menyuruh, supaya kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapa-bapa kami, atau supaya jangan kami perbuat pada harta kami apa yang kami sukai ? Sesungguhnya engkau penyantun lagi cerdik.
88. Berkata Syuaib : Hai kaumku ! Apakah kamu fikirkan, jika aku atas keterangan dari Tuhanku, dan Dia memberiku rezeki yang baik. Aku tiada hendak menyalahi kamu tentang apa yang kularang kamu daripadanya. Aku tiada menghendaki, selain perbaikan, sekadar tenagaku dan tiadalah taufikku, melainkan dengan Allah. KepadaNya aku bertawakal dan kepadaNya aku kembali.
89. Hai kaumku ! Janganlah kamu tertarik berbuat dosa oleh kerana memusuhiku, bahawa kamu akan ditimpa seumpama yang menimpa kaum Nuh, Kaum Hud, atau kaum Shalih. Dan kaum Luth tidak jauh daripadamu.
90. Mintalah ampunlah kamu kepada Tuhanmu, kemudian taubatlah kepadaNya. Sungguh Tuhanku Penyayang lagi Pengasih.
surat Hud
Tuesday, October 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment