91. Berkata mereka itu : Demi Allah, sesungguhnya Allah telah melebihkan engkau daripada kami dan sesungguhnya kami orang yang bersalah.
92. Berkata Yusuf : Tidak ada guna cercaan terhadap kamu pada hari ini. Allah akan mengampuni kesalahanmu ; dan Dia lebih Penyayang dari segala yang penyayang.
93. Pergilah kamu bajuku ini, lalu lemparkanlah kemuka bapaku, nanti dia dapat melihat kembali dan bawalah kemari keluargamu semuanya.
94. Setelah keluar kafilah itu, berkata bapanya : Sesungguhnya aku mencium bau Yusuf, kalau kau tiada membodohkan daku,
95. Berkata mereka itu : Demi Allah, sesungguhnya bapa dalam kesesatan ang dahulu juga.
96. Setelah sampai orang yang memberi khabar gembira lalu dilemparkannya kemuka bapanya, lantas dia melihat kembali, berkata dia : Bukankah aku mengatakan kepadamu, bahawa aku mengetahui daripada Allah apa yang tiada kamu ketahui ?
97. Sahut mereka itu : Hai bapa kami ! Mintalah ampun untuk kami diatas dosa kami, sesungguhnya kami orang yang bersalah.
98. Berkata Yaakub : Nanti akan kumintakan ampun untuk kamu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia Pengampun lagi Penyayang.
99. Tatkala mereka masuk kepada Yusuf, lalu Yusuf menempatkan ibubapanya ditempat tinggalnya dan berkata : Masuklah kamu ke Mesir, insyaAllah dengan aman sentosa !
100. Kemudian Yusuf mendudukkan ibubapanya diatas singgahsana, lalu mereka itu sujud kepada Yusuf. Berkata Yusuf : Ya ayahanda ! Inilah takwil mimpi saya yang dahulu, sesungguhnya Tuhanku telah menjadikan dia dengan sebenarnya. Sungguh Allah telah berbuat baik kepada saya, ketika Dia mengeluarkan saya dari penjara, serta mendatangkan kamu dari dusun, sesudah syaitan menghasut antara saya dan antara saudara-saudara saya. Sesungguhnya Tuhan saya Mahahalus tentang apa yang dikehendakiNya. Sungguh Dia Mahamengetahui lagi Mahabijaksana.
surat Yusuf
Wednesday, October 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment