111. Sesungguhnya masing-masing orang akan disempurnakan Tuhan amalan mereka. Sesungguhnya Dia amat mengetahui apa-apa yang mereka kerjakan.
112. Sebab itu berlaku luruslah engkau sebagaimana yang diperintahkan, serta orang yang taubat bersama engkau dan janganlah melampaui batas. Sesungguhnya Allah Mahamelihat apa-apa yang kamu kerjakan.
113. Janganlah kamu cenderung kepada orang orang-orang yang zalim, nanti kamu ditimpa api neraka dan tidak ada bagimu wali, selain daripada Allah, kemudian kamu tiada mendapat pertolongan.
114. Dirikanlah solat di waktu dua tepi siang dan sebahagian daripada malam. Sesungguhnya kebaikan menghapuskan kejahatan. Demikian itu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.
115. Hendaklah engkau sabar, kerana sesungguhnya Allah tiada mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.
116. Mengapakah tidak ada diantara umat-umat sebelum kamu, orang-orang baik, yang melarang berbuat bencana dimuka bumi, kecuali sedikit dari orang yang Kami selamatkan diantara mereka itu. Orang-orang yang zalim mengikut nafsu yang ada padanya dan adalah mereka itu orang berdosa.
117. Tuhanmu tiada hendak membinasakan negeri-negeri dengan zalim, sedang penduduknya berbuat kebajikan.
118. Jika Tuhanmu menghendaki, niscaya dijadikanNya manusia satu umat, tetapi mereka itu senantiasa berselisih,
119. Kecuali orang yang dikasihi Tuhanmu. Kerana itulah Allah menjadikan mereka. Telah tamat perkataan Tuhanmu, demi akan Kupenuhkan neraka dengan jin dan manusia sekaliannya.
120.Masing-masing riwayat Kami kisahkan kepadamu diantara perkhabaran rasul-rasul, supaya Kami tenteramkan hatimu dengan dia ; dan telah datang kepadamu kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.
121. Katakanlah kepada orang-orang yang tiada beriman : Bekerjalah kamu ditempatmu. Sesungguhnya kami bekerja pula,
122. Dan tunggulah olehmu, sesungguhnya kami menunggu pula.
123. Kepunyaan Allah segala yang ghaib dilangit dan dibumi dan kepadaNya dikembalikan segala urusan. Sebab itu sembahlah Dia dan bertawakallah kepadaNya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa-apa yang kamu kerjakan.
surat Hud
Friday, October 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment