Friday, October 2, 2009

Dia Turunkan Hujan Yang Lebat Kepadamu

51. Hai kaumku ! Aku tiada minta ganjaran kepadamu. Tiada ganjaranku, hanya dari yang menciptakanku. Apa tiadakah kamu memikirkan ?

52. Hai kaumku ! Minta ampunlah kepada Tuhanmu, kemudia taubatlah kepadaNya, niscaya Dia turunkan hujan yang lebat kepadamu dan Dia tambah kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling menjadi orang berdosa.

53. Mereka menjawab : Hai Hud ! Engkau tiada mendatangkan kepada kami suatu keterangan dan kami tiada akan meninggalkan Tuhan-Tuhan kami, kerana perkataan engkau dan kami tiada percaya kepada engkau.

54. Kami tiada mengatakan, melainkan sebahagian Tuhan kami telah menimbulkan kejahatan kepada engkau. Berkata Hud : Sesungguhnya aku mempersaksikan kepada Allah dan jadi saksilah kamu, bahawa aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.

55. Selain daripada Allah ; sebab itu perdayakanlah aku oleh kamu sekalian, kemudian janganlah kamu menangguhkannya.

56. Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah , Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu yang melata, melainkan Dialah yang menguasainya. Sungguh Tuhanku diatas jalan yang lurus.

57. Kalau kamu berpaling, sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa yang disuruh sampaikan kepadamu, dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain daripadamu, sedang kamu tiada akan membahayakan kepada Allah sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku memelihara tiap-tiap sesuatu.

58. Setelah tiba siksaan Kami, Kami selamatkan Hud dan orang-orang yang beriman sertanya, dengan rahmat daripada Kami, dan Kami lepaskan mereka dari siksaan yang besar.

59. Demikian itulah kaum Ad, mereka mengingkari ayat-ayat Tuhannya dan menderhakai rasul-rasulNya serta mengikut perintah tiap-tiap orang yang gagah perkasa lagi ingkar.

60. Mereka diikuti oleh kutuk di dunia ini dan pada hari kiamat. Ingatlah, bahawa Ad itu kafir terhadap Tuhannya. Ingatlah ! Binasalah Ad, kaum Hud !

surat Hud

No comments:

Post a Comment