Monday, October 26, 2009

Engkau Waliku Di Dunia Dan Di Akhirat

101. Ya Tuhanku ! Sungguh Engkau telah menganugerahkan kerajaan kepadaku dan Engkau telah mengajarkan kepadaku hal takwil mimpi, yang menciptakan langit dan bumi, Engkau waliku didunia dan diakhirat. Wafatkan aku sebagai seorang muslim dan perhubungkanlah aku dengan orang-orang yang salih.

102. Demikian itu perkhabaran ghaib, Kami wahyukan kepada engkau, padahal engkau tiada disisi mereka, ketika mereka semuafakat tentang urusannya, sedang mereka itu menipunya.

103. Kebanyakan manusia bukan orang-orang yang beriman, meskipun engkau harapkan.

104. Engkau tiada minta ganjaran kepada mereka atas Quran. Ini tidak lain, hanya peringatan bagi seluruh alam.

105. Beberapa banyaknya ayat-ayat di langit dan dibumi, sedang mereka melewatinya, tetapi mereka berpaling daripadanya.

106. Kebanyakan mereka tiada beriman kepada Allah, malah mereka mempersekutukNya.

107. Adakah mereka aman, jika datang kepada mereka bahaya, iaitu siksaan Allah, atau datang hari kiamat dengan tiba-tiba, sedang mereka tiada sedar ?

108. Katakanlah : Inilah jalanku, aku seru kepada Allah, aku atas keterangan yang jelas dan orang yang mengikut kepadaku. Mahasuci Allah dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mempersekutukanNya.

109. Kami tiada mengutus rasul sebelum engkau, melainkan beberapa orang laki-laki, Kami wahyukan kepada mereka, diantara penduduk negerinya. Tiadakah mereka berjalan di muka bumi, lalu mereka perhatikan, bagaimana akibatnya orang-orang sebelum mereka ? Sungguh kampung akhirat lebih baik bagi orang-orang takwa. Tiadakah kamu memikirkan ?

110. Sehingga apabila rasul-rasul itu telah berputus asa dan mereka menyangka, bahawa mereka didustakan orang juga, maka datanglah pertolongan Kami, lalu Kami selamatkan orang yang Kami kehendaki. Siksaan Kami tiada dapat ditolakkan dari kaum yang berdosa.

111. Sesungguhnya dalam kisah mereka itu ada ibrah bagi orang-orang yang berakal. Bukanlah Quran ini perkhabaran yang diada-adakan sahaja, bahkan ia membenarkan yang dihadapannya dan menerangkan tiap-tiap sesuatu, lagi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

surat Yusuf

No comments:

Post a Comment