Thursday, October 15, 2009

Penjaga Gudang Perbendaharaan Di Mesir

51. Berkata Raja : Bagaimana hal kamu, ketika kamu mengajak Yusuf ? Jawab mereka itu : Mahasuci Allah ! Kami tiada mengetahui, bahawa dia seorang yang jahat. Berkata perempuan Pembesar : Sekarang telah teranglah kebenaran ; saya yang mengajaknya, sedang dia orang yang benar.

52. Demikian itu, supaya tahu Pembesar, bahawa aku tiada berkhianat kepadanya sepeninggalnya dan sesungguhnya Allah tiada menunjuki tipudaya orang-orang yang khianat.

53. Aku tiada melepaskan hawa nafsunya, kerana nafsu itu menyuruh berbuat kejahatan, kecuali siapa yang disayangi Tuhanku. Sungguh Tuhanku Pengampun lagi Penyayang.

54. Berkata Raja : Bawalah Yusuf itu ke mari, supaya kujadikan dia khusus bagi diriku. Tatkala Raja bercakap-cakap dengan dia, lalu Raja berkata : Sesungguhnya engkau pada hari ini mempunyai kedudukan dan kepercayaan disisi kami.

55. Berkata Yusuf : Jadikanlah saya penjaga gudang perbendaharaan dibumi. Sungguh aku menjaga lagi mengetahui.

56. Demikianlah Kami tempatkan Yusuf dibumi. Dia bertempat tinggal dimana yang dikehendakinya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada orang yang Kami kehendaki dan Kami tiada mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebajikan.

57. Sesungguhnya pahala akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman, sedang mereka bertakwa.

58. Kemudian saudara-saudara Yusuf datang, lalu mereka masuk menemui Yusuf, sedang Yusuf mengenal mereka, tetapi mereka tiada mengenalnya.

59. Setelah Yusuf menyiapkan perbekalan mereka, dia berkata : Bawalah kemari saudaramu yang sebapa dengan kamu itu ! Tiadakah kamu lihat, bahawa aku memenuhkan sukatan dan aku sebaik-baik orang yang menerima tetamu.

60. Jika kamu tiada membawanya kemari, maka tidak ada sukatan untuk kamu daripadaku dan janganlah kamu menghampiriku.

surat Yusuf

No comments:

Post a Comment