241. Untuk perempuan yang ditalak itu kegembiraan secara makruf, sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang takwa.
242. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, mudah-mudahan kamu memikirkannya.
243. Tiadakah engkau ketahui orang-orang yang keluar dari rumahnya, sedang mereka itu beribu orang banyaknya, kerana takut mati, maka berfirman Allah kepada mereka itu: Matilah kamu. Kemudian dihidupkanNya mereka itu kembali. Sesungguhnya Allah mempunyai kurnia untuk manusia, tetapi kebanyakan manusia tiada berterima kasih.
244. Berperanglah kamu pada jalan Allah dan ketahuilah, bahawasanya Allah Mahamendengar lagi Mahamengetahui.
245. Siapakah yang berpiutang kepada Allah dengan piutang yang baik ? Maka Allah akan melipat-gandakan pahalanya beberapa kali lipat yang banyak. Allah menyempitkan dan melapangkan dan kepadaNya kamu kembali.
246. Tiadakah engkau ketahui suatu kaum diantara Bani Israil sesudah Musa, ketika mereka berkata kepada nabi mereka: Utuslah seorang raja untuk kami, supaya kami berperang pada jalan Allah . Berkata nabi itu: Barang kali kamu tiada mahu berperang, jika diperlukan peperangan itu atas kamu. Jawab mereka itu: Mengapakah kami tiada mahu berperang pada jalan Allah, sedang kami dan anak-anak kami diusir dari kampung kami. Maka tatkala diperlukan peperangan atas mereka itu , mereka berpaling , kecuali sedikit diantara mereka. Allah Mahamengetahui orang-orang yang zalim itu.
247. Berkata nabi mereka kepada mereka: Sesungguhnya Allah telah mengutus Thalut menjadi raja untukmu. Berkata mereka itu: Bagaimanakah dia akan menjadi raja atas kami, sedang kami lebih patut menjadi raja daripadanya, dan dia tiada mempunyai harta yang banyak ? Berkata nabi: Sesungguhnya Allah telah memilih dia diantara kamu,serta menambahinya dengan ilmu yang luas dan tubuh yang kuat; dan Allah memberikan KerajaanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dan Allah luas, lagi Mahamengetahui.
248. Berkata nabi kepada mereka: Seseungguhnya tanda kerajaannya ialah bahawa datang kepadamu sebuah peti, yang membawa ketenangan hati dari Tuhanmu dan peninggalan yang ditinggalkan keluarga Musa dan keluarga Harun, sedang peti itu di bawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda bagimu, jika kamu orang beriman.
249. Maka tatkala keluar Thalut bersama tenteranya berkatalah dia: Sesungguhnya Allah mencubai kamu dengan suatu sungai. Barang siapa minum daripadanya,maka bukanlah dia daripadaku dan siapa yang tiada meminumnya, maka ialah daripadaku, kecuali orang yang meminum sekadar cedok telapak tangannya. Maka mereka meminum air sungai itu, kecuali sedikit diantara mereka. Setelah Thalut melampaui sungai itu bersama orang-orang yang beriman, berkata mereka itu: Tak ada kekuasaan bagi kami pada hari ini memerangi Jalut serta tenteranya. Berkata orang-orang yang mengetahui, bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak kejadian kaum yang sedikit mengalahkan kaum yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar.
250. Tatkala mereka itu berhadapan dengan Jalut serta tenteranya, berkata mereka: Ya Tuhan kami tumpahkanlah kesabaran dalam hati kami dan tetapkanlah telapak kaki kami dan tolonglah kami melawan kaum yang kafir itu.
surat Al- Baqarah
Monday, June 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment