Thursday, June 18, 2009

Menjadi Teman Dengan Rahsia

21. Bagaimanakah akan kamu ambil harta itu kembali, padahal setengah kamu telah berhubungan rapat dengan yang lain, dan mereka telah mengambil setia yang teguh daripadamu ?

22. Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapamu, kecuali pada masa yang telah lalu. Sesungguhnya pekerjaan itu keji dan dibenci dan sejahat-jahat jalan.

23. Diharamkan atas kamu ibumu, anak perempuanmu, saudara perempuanmu, saudara perempuan bapamu, saudara perempuan ibumu, anak perempuan dari saudara laki-laki, anak perempuan dari saudara perempuanmu, ibu yang menyusukanmu, saudara perempuan dari sesusuanmu, ibu isterimu dan anak tiri yang dalam pemeliharaanmu, jika kamu telah bersetubuh dengan ibunya, kalau kamu belum bersetubuh dengan ibunya, maka tiada berdosa kamu, dan juga bekas isteri anak kandungmu, dan menghimpunkan dua orang perempuan yang bersaudara, kecuali pada masa yang lalu. Sungguh Allah Pengampun, lagi Penyayang.

24. Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali perempuan yang kamu miliki. Telah dituliskan Allah atas kamu. Dan dihalalkan bagimu perempuan-perempuan yang lain daripada itu, jika kamu mencari perempuan dengan hartamu, serta beristeri dengan dia, bukan berbuat jahat. Jika kamu telah bersetubuh dengan perempuan itu, hendaklah kamu berikan kepadanya maskahwinnya yang telah kamu tetapkan. Tetapi tiadalah berdosa kamu, jika kamu telah suka sama suka tentang maskahwin itu sesudah ditetapkan. Seseungguhnya Allah Mahamengetahui, lagi Mahabijaksana.

25. Barang siapa yang tidak kuasa harta diantara kamu untuk mengahwini perempuan merdeka yang beriman, hendaklah dia mengahwini hamba sahaya, perempuan-perempuan muda yang beriman. Allah lebih mengetahui keimananmu. Sebahagian kamu dengan yang lain. Maka hendaklah kamu kahwini mereka itu dengan izin ahlinya, dan kamu berikanlah kepadanya maskahwinnya menurut patut, sedang hamba perempuan itu baik, bukan perempuan lacur dan bukan pula mengambil laki-laki lain menjadi teman dengan rahsia. Apabila hamba-hamba perempuan itu telah bersuami, tetapi mereka berbuat jahat juga, adalah hukuman mereka seperdua hukuman perempuan yang merdeka. Itu bagi orang yang takut akan kejahatan. Kalau kamu sabar, adalah lebih baik bagimu. Dan Allah Pengampun, lagi Pengasih.

26. Allah menghendaki, supaya menerangkan kepadamu dan menunjukkan kepadamu sunnah orang-orang yang sebelum kamu, dan Dia menerima taubatmu. Allah Mahamengetahui, lagi Mahabijaksana.

27. Allah menghendaki, supaya Dia menerima taubatmu, dan orang-orang yang mengikut syahwatnya menghendaki , supaya kamu condong secondong-condong yang besar.

28. Allah menghendaki supaya meringankan bagimu, kerana manusia itu dijadikan dalam keadaan yang lemah.

29. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan jalan yang batil, kecuali dengan perniagaan dengan suka sama suka diantara kamu. Janganlah kamu bunuh dirimu. Sesungguhnya Allah Penyayang kepadamu.

30. Barang siapa yang memperbuat demikian itu, dengan melampaui batas dan zalim, nanti akan Kami masukkan dia ke dalam neraka. Yang demikian itu amat mudah bagi Allah.

surat An-Nisaak

No comments:

Post a Comment