Friday, June 26, 2009

Perkataan Yang Tiada Disukai Allah

101. Apabila kamu berjalan di bumi, maka tiada berdosa kamu memendekkan solat, jika kamu takut akan disakiti oleh orang-orang kafir. Sungguh orang-orang kafir itu musuhmu yang nyata.

102. Apabila engkau berada diantara mereka, lalu engkau hendak mendirikan solat bersama mereka, maka hendaklah solat satu golongan diantara mereka bersama engkau, dan hendaklah mereka memegang senjatanya. Apabila mereka sujud, hendaklah golongan yang lain dibelakang kamu. Kemudian hendaklah datang golongan lain yang belum bersolat, lalu mereka bersolat bersama engkau dan hendaklah mereka waspada, serta memegang senjatanya. Orang-orang yang kafir itu bercita-cita, supaya kamu lengah dari senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerangmu sekaligus. Tiada berdosa kamu meletakkan senjatamu, jika kamu dalam kesakitan, kerana hujan atau sakit. Tetapi waspadalah kamu. Sesungguhnya Allah menyediakan siksa kehinaan untuk orang-orang yang kafir itu.

103. Apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, hendaklah kamu ingat akan Allah waktu berdiri dan duduk dan berbaring. Apabila kamu telah aman, maka dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu diperlukan atas orang-orang mukmin pada waktunya.

104. Janganlah kamu lemah melawan kaum itu. Jika kamu mendapat kesakitan, mereka pun mendapat kesakitan pula, sebagaimana kamu mendapat kesakitan. Sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah barang yang tiada mereka harapkan. Allah Mahamengetahui, lagi Mahabijaksana.

105. Sesungguhnya telah Kami turunkan kitab kepada engkau dengan kebenaran, supaya engkau menghukum antara manusia dengan apa yang diperlihatkan Allah kepada engkau. Janganlah engkau pembela bagi orang-orang khianat.

106. Minta ampunlah engkau kepada Allah ; sesungguhnya Allah Pengampun , lagi Penyayang.

107. Janganlah engkau membela orang-orang yang khianat kepada diri mereka sendiri ; sesungguhnya Allah tiada mengasihani orang pengkhianat lagi berdosa.

108. Mereka bersembunyi daripada manusia, tetapi mereka tiada dapat bersembunyi daripada Allah, sedangkan Dia beserta mereka itu, ketika mereka menyembunyikan dalam hatinya perkataan yang tiada disukai Allah. Allah meliputi apa-apa yang mereka kerjakan.

109. Kamu, hai orang-orang ini, telah membela mereka itu ketika hidup di dunia, maka siapakah membela mereka terhadap Allah pada hari kiamat, atau siapakah wakil bagi mereka ?

110. Barang siapa yang mengerjakan kejahatan atau menzalimi diri sendiri, kemudian dia meminta ampun kepada Allah, niscaya dia memperoleh Allah Pengampun, lagi Penyayang.

surat An-Nisaak

No comments:

Post a Comment