271. Jika kamu lahirkan sedekah, maka itulah sebaik-baiknya, dan jika kamu sembunyikan dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka itulah yang lebih baik bagimu dan menutupi kesalahanmu, dan Allah Mahamengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.
272. Bukanlah kewajipan engkau menunjuki mereka, tetapi Allah menunjuki orang yang dikehendakiNya. Apa-apa yang kamu nafkahkan dari harta, maka untuk dirimulah, dan tiadalah kamu menafkahkan sesuatu, melainkan kerana menghendaki keredaan Allah. Apa-apa yang kamu nafkahkan dari harta, disempurnakan Allah kepadamu dan kamu tidak teraniaya.
273. Untuk orang-orang fakir yang terpenjara pada jalan Allah dan tidak kuasa berjalan dimuka bumi, menurut dugaan orang yang tidak tahu, mereka itu orang kaya, kerana tak mahu meminta-minta, engkau kenal mereka itu dengan tandanya, mereka tiada meminta kepada manusia dengan berulang-ulang, dan apa-apa yang kamu nafkahkan dari harta, sungguh Allah Mahamengetahui.
274. Orang-orang yang menafkahkan hartanya malam dan siang, dengan bersembunyi dan berterang-terangan, maka untuk mereka itu pahala disisi Tuhannya dan tak ada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berdukacita.
275. Orang-orang yang memakan riba, tiada berdiri, melainkan seperti berdirinya orang yang dibantingkan syaitan kerana gila. Demikian itu kerana mereka berkata: Jual-beli itu hanya seperti riba. Allah menghalalkan berjual-beli dan mengharamkan riba. Maka siapa yang menerima pengajaran dari Tuhannya, lalu berhenti, maka untuknya apa yang telah berlalu dan urusannya terserah kepada Allah. Barang siapa kembali, mereka itulah penghuni neraka, serta kekal didalamnya.
276. Allah menghapuskan riba dan menambahkan sedekah; dan Allah tiada mengasihi tiap-tiap orang kafir yang berdosa.
277. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, lagi mendirikan solat dan membayar zakat, untuk mereka itu pahala disisi Tuhannya dan tak ada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berdukacita.
278. Hai orang-orang yang beriman , takutlah kepada Allah dan tinggalkan sisa-sisa riba itu, jika kamu orang beriman.
279. Kalau kamu tiada memperbuatnya, ketahuilah ada peperangan daripada Allah dan RasulNya terhadapmu dan jika kamu taubat, maka untukmu pokok-pokok hartamu, kamu tidak menzaliminya dan tidak pula dizalimi.
280. Jika orang yang berhutang dalam kesempitan, tunggulah hingga waktu kelapangan dan kalau kamu sedekahkan, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
surat Al-Baqarah
Wednesday, June 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment