Monday, June 8, 2009

Almasih Isa anak Maryam

41. Zakaria berkata : Ya Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tanda. Allah berfirman : Tandanya, bahawa engkau tiada bercakap-cakap dengan manusia tiga hari, kecuali dengan isyarat sahaja. Ingatlah Tuhanmu dengan sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah pada petang dan pagi.

42. Ketika malaikat berkata : Ya , Maryam , sesungguhnya Allah telah memilih engkau, menyucikan engkau dan memilih engkau diatas perempuan-perempuan dalam alam.

43. Ya , Maryam , taatlah kepada Tuhanmu , sujudlah dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk.

44. Demikian itu ialah perkhabaran ghaib. Kami wahyukan kepada engkau, sedang engkau tiada hadir dekat mereka, ketika mereka menjatuhkan kalam, siapa akan memelihara Maryam ; dan lagi engkau tiada hadir dekat mereka, ketika mereka itu berbantah-bantah.

45. Ketika malaikat berkata : Ya , Maryam , sesungguhnya Allah memberi khabar gembira kepada engkau dengan kalimat daripadaNya, namanya Almasih Isa anak Maryam, yang mempunyai kebesaran di dunia dan akhirat dan termasuk orang-orang yang dekat kepada Tuhan.

46. Dia bercakap-cakap dengan manusia ketika dalam buaian dan ketika dewasa dan dia termasuk orang-orang salih.

47. Maryam berkata : Ya , Tuhanku , bagaimanakah aku akan mendapat seorang anak, padahal aku belum pernah disentuh laki-laki ? Allah berkata : Demikianlah, Allah menjadikan apa-apa yang dikehendakiNya ; apabila Dia hendak memutuskan suatu pekerjaan , Dia hanya berkata : Jadilah engkau, lalu jadilah ia.

48. Allah mengajarkan kepada Isa Kitab, hikmah, Taurat dan Injil.

49. Dan menjadi rasul kepada Bani Israil : Sesungguhnya aku datangkan kepadamu tanda daripada Tuhanmu. Aku perbuat dari tanah serupa bentuk burung, lalu kutiup padanya, lalu jadi burunglah ia dengan izin Allah dan kusembuhkan orang buta dan orang kena penyakit kusta dan kuhidupkan orang yang mati dengan izin Allah dan kukhabarkan kepadamu apa-apa yang kamu makan dan apa-apa yang kamu simpan didalam rumahmu. Sesungguhnya pada demikian itu suatu ayat bagimu, jika kamu orang beriman.

50. Dan lagi kubenarkan yang dihadapanku, Taurat dan supaya kuhalalkan bagimu sebahagian barang-barang yang diharamkan atasmu, dan kudatangkan kepadamu keterangan daripada Tuhanmu, maka takutlah kamu kepada Allah dan ikutlah aku.


surat Ali Imran

No comments:

Post a Comment