1. Alif Laam Raa. Itulah beberapa ayat kitab dan Quran yang menerangkan.
2. Kadang-kadang orang-orang kafir bercit-cita, supaya mereka menjadi orang-orang Islam.
3. Biarkanlah mereka itu makan dan bersuka-ria dan mereka lalai kerana angan-angan, nanti mereka akan tahu.
4. Kami tiada membinasakan suatu negeri, melainkan baginya ada masa yang ditentukan.
5. Suatu amat tiada dapat mendahului ajalnya dan tiada pula terkemudian.
6. Berkata mereka itu : Hai orang yang diturunkan Quran kepadanya ! Sesungguhnya engkau orang gila.
7. Mengapa engkau tiada mendatangkan malaikat kepada kami, jika engkau orang yang benar ?
8. Kami tiada menurunkan malaikat, melainkan dengan kebenaran dan ketika itu mereka tiada diberi tempoh.
9. Sesungguhnya telah Kami turunkan peringatan dan sesungguhnya Kami memeliharanya.
10. Sesungguhnya telah Kami utus sebelum engkau kepada beberapa golongan orang-orang dahulu-kala.
surat Al-Hijr
Thursday, November 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment