Wednesday, November 4, 2009

Ampunilah Aku Dan Kedua Orang Ibu-Bapaku

41. Ya Tuhan kami ! Ampunilah aku dan dua orang ibubapaku dan orang-orang yang beriman pada hari menetapkan perhitungan.

42. Janganlah engkau kira, bahawa Allah lalai dari apa-apa yang diperbuat oleh orang-orang zalim. Hanya Allah memberi tangguh mereka, sampai hari yang terbuka segala pemandangan pada hari itu,

43. Sedang mereka bersegera lagi menengadahkan kepala, tiada mengejap mata mereka , sedang mereka kosong.

44. Berilah peringatan manusia pada hari
yang akan datang kepada mereka siksaan, lalu berkata orang-orang zalim : Ya Tuhan kami ! Beri tangguhlah kami, hingga masa yang dekat, supaya kami perkenankan seruan Engkau dan kami ikut rasul-rasul. Apa tiadakah kamu telah bersumpah dahulu, bahawa kamu tidak akan lenyap ?

45. Kamu tinggal pada tempat orang-orang yang zalim kepada dirinya dan telah nyata bagimu, bagaimana Kami perbuat terhadap mereka dan Kami terangkan kepadamu beberapa contoh.

46. Sungguh mereka telah memperdayakan dengan tipu-daya dan disisi Allah tipu-daya mereka. Sedang tipu-daya mereka itu tiada akan menggoyangkan gunung-gunung.

47. Janganlah engkau kira, bahawa Allah memungkiri janjiNya kepada rasul-rasulNya. Sesungguhnya Allah Mahaperkasa dan mempunyai balasan.

48. Pada hari ditukar bumi dengan bumi yang lain, begitupun langit dan mereka menghadap kepada Allah yang Esa dan Mahakuasa.

49. Engkau lihat orang-orang berdosa pada hari itu terikat bersama-sama dengan belenggu.

50. Baju mereka dari belangkin yang hitam dan muka mereka ditutup oleh api,

51. Supaya Allah membalasi tiap-tiap orang menurut apa yang diusahakannya. Sungguh Allah cepat perhitunganNya.

52. Ini suatu yang disampaikan kepada manusia, supaya mereka mendapat peringatan dengan dia dan supaya mereka mengetahui, bahawa Allah Tuhan yang Esa dan supaya mendapat peringatan orang-orang yang berakal.

surat Ibrahim

No comments:

Post a Comment