41. Orang-orang yang hijrah dalam Allah, sesudah mereka teraniaya, sesungguhnya Kami tempatkan mereka didunia dinegeri yang baik. Sesungguhnya pahala akhirat lebih besar ; jika mereka tahu,
42. Orang-orang yang sabar dan kepada Tuhan mereka bertawakal.
43. Kami tiada mengutus sebelum engkau, melainkan beberapa lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Sebab itu kamu tanyakanlah kepada orang-orang ahli kitab, jika kamu tiada tahu,
44. dengan keterangan dan kitab-kitab. Kami turunkan kepada engkau peringatan,supaya engkau terangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, mudah-mudahan mereka memikirkannya.
45. Adakah aman orang-orang yang memperdayakan dengan kejahatan, bahawa Allah membenamkan mereka ke dalam bumi, atau Allah mendatangkan siksaan kepada mereka sedang mereka tidak sadar,
46. Atau Allah menyiksa mereka dalam perjalanan mereka, sedang mereka tiada dapat menolakkannya ?
47. Atau Allah menyiksakan mereka dengan ketakutan. Sesungguhnya Tuhanmu amat Pengasih, lagi Penyayang.
48. Tiadakah mereka memperhatikan apa-apa yang dijadikan Allah, iaitu barang sesuatu, bayang-bayangnya cenderung kekanan dan kekiri, kerana sujud kepada Allah, sedang mereka orang yang hina.
49. Kepada Allah sujud apa-apa yang dilangit dan apa-apa yang dibumi, iaitu segala yang melata dan malaikat, sedang mereka tiada sombong.
50. Mereka itu takut kepada Tuhan diatas mereka dan mereka memperbuat apa-apa yang disuruh.
surat An-Nahl
Thursday, November 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment