Friday, November 20, 2009

Kehinaan Atau Dikuburkannya Ke Dalam Tanah

51. Berfirman Allah : Janganlah kamu sembah dua Tuhan. Hanya Dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kepadaKu.

52. Kepunyaan Allah apa-apa yang dilangit dan dibumi dan kepadaNya taat selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah ?

53. Apa-apa nikmat yang padamu, maka ia daripada Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kemelaratan, maka kepadaNya kamu minta pertolongan.

54. Kemudian apabila dihilangkanNya kemelaratan itu daripadamu, tiba-tiba segolongan diantaramu mempersekutukan Tuhannya,

55. Supaya mereka engkar akan yang telah Kami anugerahkan kepada mereka. Sebab itu bersuka-rialah kamu, nanti kamu akan tahu.

56. Mereka memberikan untuk yang tiada mereka ketahui sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Demi Allah, nanti kamu akan diperiksa tentang apa-apa yang kamu ada-adakan itu.

57. Mereka mengadakan anak-anak perempuan bagi Allah, Mahasuci Dia dan bagi mereka apa-apa yang mereka inginkan.

58. Apabila salah seorang mereka diberi khabar gembira dengan anak perempuan, lalu mukanya menjadi hitam, sedang ia berduka-cita.

59. Dia bersembunyi diri dari kaumnya, kerana kejahatan apa yang diberi khabar gembira kepadanya. Apakah akan dipegangnya anak itu dengan kehinaan atau dikuburkannya kedalam tanah ? Ingatlah amat jahat hukuman mereka itu.

60. Bagi orang-orang yang tiada beriman kepada akhirat, contoh yang jahat, dan bagi Allah contoh yang mahatinggi. Dia Mahaperkasa, lagi Mahabijaksana.

surat An-Nahl

No comments:

Post a Comment