Sunday, November 8, 2009

Dari Tanah Kering, Tanah Hitam Telah Berubah

31. Kecuali Iblis, ia enggan sujud bersama malaikat-malaikat yang sujud.

32. Allah berfirman : Hai Iblis ! Mengapakah engkau tidak mahu sujud bersama malaikat-malaikat yang sujud itu ?

33. Sahutnya : Aku tiada patut sujud kepada manusia yang Engkau ciptakan dari tanah kering, tanah hitam yang telah berubah.

34. Berfirman Allah : Keluarlah engkau dari sini ! Sesungguhnya engkau terusir,

35. Sesungguhnya atas engkau kutuk sampai hari pembalasan.

36. Ia berkata : Ya Tuhanku ! Berilah aku tempoh, sampai hari berbangkit.

37. Allah berfirman : Sesungguhnya engkau diberi tempoh,

38. Sampai waktu yang ditentukan.

39. Berkata Iblis : Hai Tuhanku ! Demi, sebab Engkau menyesatkanku akan kuhiaskan kepada mereka dibumi dan demi, akan kusesatkan mereka itu semuanya,

40. Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas.

surat Hijr

No comments:

Post a Comment