31. syurga adnin, mereka itu masuk kedalamnya, sedang air mengalir dibawahnya, untuk mereka itu didalamnya apa-apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah membalasi orang-orang yang takwa,
32. orang-orang yang diwafatkan oleh malaikat, sedang mereka itu orang-orang baik. Berkata malaikat : Salam atas kamu, masuklah kamu kedalam syurga, sebab kamu kerjakan.
33. Mereka tiada menunggu, melainkan kedatangan malaikat atau datang perintah Tuhanmu. Seperti itulah memperbuat orang-orang sebelum mereka. Allah tiada menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimi diri mereka sendiri.
34. Lalu mereka ditimpa kejahatan perbuatan mereka dan turunlah kepada mereka yang mereka perolok-olokkan.
35. Berkata orang-orang yang mempersekutukan Allah : Kalau Allah menghendaki, niscaya kami tiada menyembah sesuatu selain daripadaNya, tidak kami dan tidak pula bapa-bapa kami dan kami tiada pula mengharamkan sesuatu yang tiada diharamkanNya. Demikianlah memperbuat orang-orang yang sebelum mereka. Maka tiadalah kewajipan rasul-rasul, melainkan menyampaikan dengan terang.
36. Sesungguhnya telah kami utuskan seorang rasul kepada tiap-tiap umat : Hendaklah kamu sembah Allah dan jauhilah thaghut. Maka diantara mereka ada yang ditunjuki Allah dan diantara mereka ada yang berhak mendapat kesesatan. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi, lalu perhatikanlah, bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan.
37. Jika engkau loba buat menunjuki mereka, sesungguhnya Allah tiada menunjuki orang yang sesat dan tidak ada bagi mereka orang-orang yang menolong.
38. Mereka bersumpah dengan Allah dengan sungguh-sungguh sumpah, bahawa Allah tiada akan membangkitkan orang yang mati. Ya, janji Allah yang sebenarnya, tetapi kebanyakan manusia tiada tahu,
39. Supaya Allah menerangkan kepada mereka apa-apa yang mereka perselisihkan dan supaya orang-orang yang kafir mengetahui, bahawa mereka orang yang dusta.
40. Hanya perkataan Kami kepada sesuatu , apabila Kami kehendaki, bahawa Kami katakan kepadanya : Jadilah engkau ! Lalu jadilah ia.
surat An-Nahl
Wednesday, November 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment