Tuesday, November 10, 2009

Kami Diutus Allah Kepada Kaum Yang Berdosa

51. Khabarkanlah kepada mereka tentang tetamu Ibrahim.

52. Ketika mereka masuk kepadanya, lalu berkata : Selamat ! Berkata Ibrahim : Sesungguhnya kami takut kepadamu.

53. Sahut mereka : Janganlah engkau takut, sesungguhnya kami memberi khabar gembira kepadamu dengan seorang anak yang alim.

54. Berkata Ibrahim : Betulkah kamu memberi khabar gembira kepadaku, sedang aku sangat tua ? Maka dengan apakah kamu memberi khabar gembira itu ?

55. Sahut mereka : Kami beri engkau khabar gembira dengan benar, sebab itu janganlah engkau termasuk orang-orang putus-asa.

56. Berfirman Allah : Tiada yang berputus-asa daripada rahmat Tuhannya, melainkan orang-orang yang sesat.

57. Berkata Ibrahim : Apakah urusanmu, hai utusan-utusan ?

58. Jawab nereka itu : Kami diutus Allah kepada kaum yang berdosa,

59. Kecuali keluarga Luth. Sesungguhnya Kami melepaskan mereka itu semuanya,

60. Kecuali isterinya, Kami tentukan, bahawa dia termasuk orang-orang yang tinggal.

surat Hijr

No comments:

Post a Comment