Tuesday, August 4, 2009

Segala Tipu Daya

21. Ia bersumpah terhadap keduanya : Sesungguhnya aku memberi nasihat kepadamu.

22. Lalu ia menjatuhkan keduanya dengan segala tipu daya. Setelah keduanya merasai pohon kayu itu, terbukalah bagi keduanya kemaluannya, sehingga keduanya menutupinya dengan daun pohon syurga. Kemudian Tuhan menyeru keduanya : Apa tiadakah Kularang kamu menghampiri pohon itu dan Kukatakan kepadamu, bahawa syaitan itu musuh yang nyata bagimu ?

23. Keduanya berkata : Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri dan jika tidak Engkau ampuni kesalahan kami dan tidak Engkau kasihi kami tentulah kami orang yang merugi.

24. Allah berfirman : Turunlah kamu, setengah kamu dengan yang lain bermusuh-musuhan. Untuk kamu di bumi tempat tinggal dan kesenangan, hingga seketika.

25. Allah berfirman : Di bumi itulah kamu hidup, dan disanalah kamu mati dan daripadanya kamu akan dikeluarkan nanti.

26. Hai segala anak Adam ; sesungguhnya telah Kami turunkan pakaian kepadamu untuk menutupi kemaluanmu, begitu pula pakaian perhiasan. Tetapi pakaian takwa terlebih baik. Demikianlah ayat-ayat Allah , mudah-mudahan mereka menerima peringatan.

27. Hai anak-anak Adam, janganlah kamu terpedaya oleh syaitan, sebagaimana ia telah mengeluarkan ibu-bapamu dari dalam syurga, sedang ia menanggalkan pakaian keduanya, supaya terbuka kemaluannya. Sesungguhnya syaitan itu dan balatenteranya melihat kamu sedang kamu tiada melihatnya. Sesungguhnya Kami angkat syaitan-syaitan itu menjadi wali bagi orang-orang yang tiada beriman.

28. Apabila mereka memperbuat yang keji, mereka berkata : Kami dapati bapa-bapa kami memperbuat demikian dan Allah menyuruh kami dengan dia. Katakanlah : Sesungguhnya Allah tiada menyuruh memperbuat yang keji-keji itu. Apakah kamu berani mengatakan terhadap Allah sesuatu yang tiada kamu ketahui ?

29. Katakanlah : Tuhanku menyuruh dengan keadilan. Hadapkanlah mukamu lurus-lurus tiap-tiap solat dan mintalah kepadaNya serta mengikhlaskan agama kepadaNya. Sebagaimana Allah telah memulai kejadianmu, begitu pula kamu kembali kepadaNya.

30. Satu golongan mendapat petunjuk dan satu golongan jadi sesat, kerana mereka itu mengangkat syaitan menjadi wali bukan Allah, sedang mereka mengira, bahawa mereka itu mendapat petunjuk.

surat Al-Araaf

No comments:

Post a Comment