191. Adakah mereka mempersekutukan dengan barang yang tidak dapat menjadikan suatu apa pun, sedang ia sendiri pun dijadikan orang ?
192. Berhala itu tiada sanggup menolong mereka dan tiada pula menolong dirinya sendiri.
193. Jika kamu menyeru mereka kepada petunjuk,mereka tiada mengikutmu. Sama sahaja bagimu, kamu seru mereka atau kamu diam sahaja.
194. Sesungguhnya orang-orang yang kamu sembah, selain daripada Allah, adalah hamba-hamba Allah seumpama kamu juga ; sebab itu cubalah kamu minta kepada mereka, supaya mereka memperkenankan permintaanmu, jika kamu orang yang benar ?
195. Adakah bagi mereka kaki untuk berjalan, atau adakah bagi mereka tangan untuk memukul, atau adakah bagi mereka mata untuk melihat, atau adakah bagi mereka telinga untuk mendengar ? Katakanlah : Panggillah sekutu-sekutu kamu, kemudian tipulah aku dan janganlah aku diberi janji.
196. Sesungguhnya waliku, ialah Allah yang menurunkan Kitab, Dialah menjadi wali bagi orang-orang yang salih.
197. Orang-orang yang kamu sembah selain daripada Allah, tiada sanggup menolongmu dan tiada pula menolong dirinya sendiri.
198. Jika engkau panggil mereka, supaya menerima petunjuk, niscaya mereka tiada mendengarkan. Engkau lihat mereka memandang kepadamu, sedang mereka tiada melihat.
199. Maafkanlah dan suruhlah makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil.
200. Jika syaitan menghasut engkau dengan suatu tipuan, maka hendaklah berlindung kepada Allah. Sesungguhnya Dia Mahamendengar lagi Mahamengetahui.
surat Al-Araaf
Friday, August 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment