131. Apabila datang kebaikan kepada mereka, mereka berkata : Kita sudah sepatutnya menerima kebaikan ini. Tetapi jika mereka ditimpa kejahatan, mereka mengatakan sial, kerana Musa dan orang-orang yang sertanya. Ingatlah, hanya kesialan mereka itu disisi Allah, tetapi kebanyakan mereka itu tiada mengetahui.
132. Mereka berkata : Bagaimana sekalipun ayat itu sampai kepada kami, hendak mensihir kami dengan dia, niscaya kami tiada akan beriman kepada engkau.
133. Kemudian Kami datangkan kepada mereka taufan, belalang, ulat, katak dan darah, sebagai ayat-ayat yang nyata. Lalu mereka berlaku sombong dan adalah mereka itu kaum yang berdosa.
134. Tatkala mereka itu ditimpa bahaya, mereka berkata : Ya Musa, mintalah kepada Tuhanmu untuk kami, apa yang telah dijanjikanNya kepada engkau. Demi , jika engkau hilangkan dari kami bahaya ini, niscaya kami akan beriman kepada engkau dan kami biarkan Bani Israil bersama engkau.
135. Tatkala Kami hilangkan bahaya dari mereka, hingga sampai waktunya, tiba-tiba mereka melanggar janji itu.
136. Kemudian Kami siksa mereka, lalu Kami tenggelamkan mereka didalam laut, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan lengah daripadanya.
137. Kami wariskan kepada kaum yang lemah itu bumi di sebelah timur dan di sebelah barat, yang telah Kami berkati didalamnya. Tamatlah perkataan Tuhanmu yang terbaik tentang Bani Israil, kerana mereka berhati sabar, dan Kami robohkan apa-apa yang diperbuat Firaun dan kaumnya dan mahligai yang mereka dirikan.
138. Kami selamatkan Bani Israil menyeberangi laut, kemudian mereka berjumpa dengan satu kaum yang menyembah berhala, lalu mereka berkata : Ya Musa, adakanlah bagi kami satu Tuhan, sebagaimana bagi mereka itu ada beberapa Tuhan. Sahut Musa : Sesungguhnya kamu kaum yang jahil.
139. Sesungguhnya mereka itu akan binasa dan akan lenyap apa-apa yang mereka perbuat.
140. Musa berkata : Adakah akan kucarikan Tuhan bagimu, selain daripada Allah, sedang Ia memuliakan kamu daripada semesta alam ?
surat Al-Araaf
Saturday, August 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment