61. Nuh menjawab : Hai kaumku bukanlah aku sesat, tetapi aku seorang rasul daripada Tuhan semesta alam.
62. Aku sampaikan risalat Tuhanku kepadamu dan kuberi kamu nasihat dan kuketahui daripada Allah apa-apa yang tiada kamu ketahui.
63. Apa hairankah kamu, kerana datang kepadamu peringatan daripada Tuhanmu oleh seorang laki-laki diantara kamu, supaya ia memberi peringatan kepadamu dan supaya kamu bertakwa dan mudah-mudahan kamu mendapat rahmat.
64. Maka mereka itu mendustakannya, lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengan dia dalam perahu dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka itu kaum yang buta.
65. Kepada Ad, seorang saudaranya , Hud. Dia berkata : Hai kaumku, sembahlah Allah, tidak ada Tuhan bagimu selain daripadaNya. Tiadakah kamu bertakwa ?
66. Berkata orang-orang bangsawan yang kafir diantara kaumnya : Sesungguhnya kami melihat engkau dalam kebodohan. Kami mengira, bahawa engkau seorang pendusta.
67. Hud menjawab : Hai kaumku, bukanlah aku bodoh, tetapi aku seorang rasul daripada Tuhan semesta alam.
68. Aku sampaikan risalat Tuhanku kepadamu dan aku seorang penasihat yang jujur bagimu.
69. Apa hairankah kamu, kerana datang peringatan kepadamu daripada Tuhanmu dibawa oleh seorang laki-laki diantara kamu, supaya ia memberi peringatan kepadamu ? Ingatlah, ketika Allah mengangkat kamu menjadi khalifah sesudah kaum Nuh dan ditambahNya kamu dengan kejadian tubuh yang kuat. Sebab itu ingatlah akan nikmat Allah, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.
70. Mereka itu menjawab : Apakah engkau datang kepada kami, supaya kami menyembah Allah sendiriNya dan kami tinggalkan apa-apa yang disembah bapa-bapa kami ? Sebab itu datangkanlah kepada kami apa yang engkau janjikan kepada kami, jika engkau orang yang benar.
surat Al-Araaf
Saturday, August 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment