201. Sesungguhnya orang-orang yang takwa, jika mereka disentuh oleh syaitan berkeliling, mereka lekas ingat, lalu mereka melihat.
202. Saudara-saudara syaitan membantunya dalam kesesatan, kemudian mereka tiada berhenti daripadanya.
203. Apabila engkau tiada mendatangkan ayat kepada mereka, mereka berkata : Mengapakah tiada engkau bikin sahaja ? Katakanlah : Hanya aku mengikut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Ini menjadi pelita hati daripada Tuhanmu, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
204. Apabila dibaca orang Quran, hendaklah kamu dengar dan diamlah, mudah-mudahan kamu mendapat rahmat.
205. Ingatlah Tuhanmu dalam hatimu, serta merendahkan diri dan takut ; dan bukan dengan suara yang keras, waktu pagi dan petang hari ; dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai.
206. Sesungguhnya orang-orang disisi Tuhanmu tiada sombong terhadap menyembah Allah ; mereka tasbih dan sujud kepadaNya.
surat Al-Araaf
Saturday, August 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment